CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Proses Pendamaian Gagal, "Tak Nak jumpa, Tak Nak Sebilik, Kalau Syamsul Tak Nak Lafazkan Cerai Saya Akan Gunakan Hakam"

24-3-2023 01:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 21777| Komen: 185|Original author: Saiful

Description: Tidak temui jalan penyelesaian, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persek ...
Tidak temui jalan penyelesaian, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini gagal! 


Puteri Sarah kata tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Menerusi sebuah video temu bual di official hlive, Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk bercerai dan tidak mahu berdamai.


Foto: Kosmo

“Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik. Saya tegaskan disini saya masih dengan keputusan saya untuk bercerai.. Saya tak nak berdamai. Enough is enough. Saya penat. Saya cuma minta lepaskan saya.

“Saya ada berjumpa dengan ustazah. Saya cerita semuanya apa yang terjadi dari awal hingga akhir beserta dengan bukti. Saya dah penat dengan benda ni dah bertahun-tahun."


“Saya memang tak mahu bersemuka dengannya dan meminta kami bertemu dengan JKP secara berasingan. Saya minta dilepaskan.

“Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah akan dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April depan.

“Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam,” katanya.

Dalam proses itu, Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya.

Pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan dikemukakan untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Sarah. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 24-3-2023 01:28 PM
Kalau sarah gtau hakam dia dh tawar hati n takde rasa syg agak2 sol tercabar tak? Nak lg ke dkt bini yg dh taknak ko? Ko sampah la sol org dh nak buang ko terhegeh2 nak stay lg buat ape
Quote _blackbird 24-3-2023 01:31 PM
Igt masing2 bawa org gaji
Quote dua_chzy 24-3-2023 01:31 PM
Nak cerai pun susah nak mampus iya.
Quote dua_chzy 24-3-2023 01:32 PM
Lawa Sarah bila muka plain face saja begitu mekap tidak terlebih.
Quote Afie13 24-3-2023 01:33 PM
toxicated replied at 24-3-2023 01:28 PM
Kalau sarah gtau hakam dia dh tawar hati n takde rasa syg agak2 sol tercabar tak? Nak lg ke dkt bini ...

PS dah buktikan dia mampu je hidup tanpa sol. PS pun dah berjaya dlm kerjaya dia, beli kereta idaman, selalu dpt tawaran berlakon, job jadi duta produk pun boleh tahan byk. Kalau kata dia pandang sol sbb harta mmg tidak lah
Quote talia 24-3-2023 01:35 PM
Nak paksa utk terima hidup poligami tanpa mengira perasaan isteri. Zalim nau sol. Dah org tak nak tu lepaskan jer lah. Heols bkn syg pun, semua sbb ego tak nak kalah
Quote sukacactus 24-3-2023 01:35 PM
Geli la sarah pun, nak berkongsi yg itu dgn sejenis yg menyondol itu
Quote KelisaSilver 24-3-2023 01:36 PM
bebal punya SOL. masa ko gilakan si IK tu ko tak pikir ke yg PS ni akan mintak cerai?. Bodo la kalau ko pikir yg PS akan stay mcm lembu je....Org da tak nak, tak malu ke? hadap la IK tu sampai lebam. ko hadap sgt kan budak IK yg takde apa tu?
Quote SherryZass 24-3-2023 01:38 PM
kat Mahkamah lah kau sibuk nak mencari bini pertama kau tu solnotelo, kat luar ada ke kau cari?
Quote toxicated 24-3-2023 01:38 PM
Mesti diri sndiri pun geli nak ngaku nnt ada 1 je bini muka lak cam degawan. Kalau dlu bleh gak bragging ada bini elok. Mcm trophy kot utk dia bila berbini dua.
Quote toxicated 24-3-2023 01:39 PM
SherryZass replied at 24-3-2023 01:38 PM
kat Mahkamah lah kau sibuk nak mencari bini pertama kau tu solnotelo, kat luar ada ke kau cari?

Kuat kencing kan pdhal sarah tu ada je kt umah mak bapk dia sendiri plak tu. Balik jela rumah jmpe mak, jmpa bini, bincang depan family semua. Mamat ni mmg kaki spin
Quote Nur_happy 24-3-2023 01:39 PM
Nape video masa Sarah ckp x nak jumpa ni dia mcm tergagap sikit.. tak garang cm selalu… jangan cair PS.. jangannnnnn
Quote MademoiselleZan 24-3-2023 01:40 PM
talia replied at 24-3-2023 01:35 PM
Nak paksa utk terima hidup poligami tanpa mengira perasaan isteri. Zalim nau sol. Dah org tak nak tu ...

Spin selagi boleh si pondan tua ni....dia ingat poligami ni mcm main pondok pondok ke. Begitu rendah tafsiran di pada perempuan, sampai nak paksa org terima poligami......tak de ke ostaz nak nasihat si mangkuk ni...
Quote OsHiN_hOnEy 24-3-2023 01:40 PM
sarah dah penat yer?
you have to take care of yourself 1st
terlalu kuat bekerja dlm keadaan terpaksa potray mcm2 watak
will take it's toll on you
nari sarah nmpk nervous sgt unlike hari2 lain yg dia pergi mahkamah
it's not hard to see that you are struggling
entah lar sarah, bulan baik ni only you know you better.

in my wildest dream - harap this was the hardest lesson for samdol
supaya dia appreciate you more
but the hurt in your eyes is telling how much you are hurting too.
Quote IzzahF 24-3-2023 01:42 PM
toxicated replied at 24-3-2023 01:38 PM
Mesti diri sndiri pun geli nak ngaku nnt ada 1 je bini muka lak cam degawan. Kalau dlu bleh gak brag ...

PS tu trophy wife

sekor lg tu huk alorr malu nk bawak mejelis
rasakan la padan muka sol
Quote azimodin 24-3-2023 01:43 PM
talia replied at 24-3-2023 01:35 PM
Nak paksa utk terima hidup poligami tanpa mengira perasaan isteri. Zalim nau sol. Dah org tak nak tu ...

Ini betul. Sol ingat cukup sekadar redha terima madu je ke. Ada perempuan yg memang jijik nak berkongsi badan suami... bukan menolak poligami tapi more of personal preference. Sedangkan kongsi straw dengan orang pon kita geli, inikan pulak nak kongsi ehemm ehemm. Apatah lagi nak hadap suami acah2 sweet dengan madu, pastu kita makan hati dibiar terdampar bertahun-tahun. Lagi baik bahagiakan diri sendiri
Quote akuHavocczz 24-3-2023 01:43 PM
GO PS GO!!
Quote immaryjane 24-3-2023 01:43 PM
dua_chzy replied at 24-3-2023 01:32 PM
Lawa Sarah bila muka plain face saja begitu mekap tidak terlebih.

Cantik kn. I baru nk type td. Mekap simple je.
Kang haters reply bg gmbr heavy mekap yg huduh, tk jadi la type. Reply kt cgu. Cantik sheolssssss
Klu bercerai tk pasti la ade tk lelaki melayu nk lg coz dia lantang, lelaki melayu tde telur dgn ppuan yg tahu hak dia.
Quote SherryZass 24-3-2023 01:45 PM
toxicated replied at 24-3-2023 06:39 AM
Kuat kencing kan pdhal sarah tu ada je kt umah mak bapk dia sendiri plak tu. Balik jela rumah jmpe ...

Itu jelah perkataan dia sibok ulang ratibkan chuolls, bincang, berbincang, bincangkan, terbincang..tapi yellek. Auta karii babas

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.320090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top