View: 32525|Reply: 405
|
Syamsul Yusof Kecewa Tak Jumpa Puteri Sarah "Saya Mahu Sarah Menerima Poligami Dan Berbincang Mengenai Giliran Untuk Bermalam"
[Copy link]
|
|
Syamsul Yusof meluahkan kecewa apabila harapan untuk bertentang mata dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, hari ini tidak kesampaian.
Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses yang dijalankan hampir dua jam itu walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan perdamaian.
Foto: Harian Metro
"Melalui proses JKP pagi ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan secara baik.
"Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.
"Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecewa namun hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,"katanya ketika ditemui selepas proses JKP berakhir yang dianggarkan berlangsung hampir dua jam.
Menurut Syamsul, penyelesaian untuk berpisah bukan satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, sebaliknya banyak faktor lain yang perlu difikirkan.
"Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.
"erceraian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.
"Jadi sebab itulah saya nak sangat bertemu Sarah untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan baik dan harmoni,"katanya.
Dalam masa sama, Syamsul memberitahu, dia akan mempertimbangkan permintaan Sarah untuk dilepaskan sekiranya wanita itu bersedia untuk bersemuka.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
baru ko nak pikir nafekah batin orang tu
mu meme klakar la soley
"Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang" |
|
|
|
|
|
|
|
Butuh hang. ???????? jantan loser |
|
|
|
|
|
|
|
kat luar mahkamah takde pulak kau usaha nak berjumpa orang tu sol. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, aku tahan je sbb posa kan
mana la otak dia tercicir
dasyat sangat bengapnya
minum air kencing ke sampai bodoh mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
sol.. kan sarah da ckp tempoh berbincang dah tamat skang sila bincang ngn lawyer dia
dia da tggu 4 thn tuk ko berbincang... ko ignore je
bile org tu dah x nk ko baru sibuk nk berbincang....
weyyy ko sedar diri ke x nih....
ko mcm hidup dlm dunia ko je kan... ko x kesah pun apa si sarah nk janji ko dpt apa yg ko nk...
eh pberbuih la mulut2 org ni terkumat kamit sambil menaip |
|
|
|
|
|
|
|
yihhh sangat statement.. btw, sesungguhnya meols berpuasa hari ni.. tak mau kecam lebih |
|
|
|
|
|
|
|
hak bermalam pungkok dia la, dia pikir PS tu lalu la kotey bekas bohsia tu
masa org tu carik ko, ko block dia, satu sen tak pikir apa2 hak
hujung2 nk bincang hak bermalam? ko pikir kotey ko jadi rebutan?
kawen sbb nk mengotey je ke?
deyyyy bg bohsia boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
mohon mak si sol ni bg la dia minum air kaki
benak bengap luar biasa sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by friedfishsoup at 24-3-2023 03:51 PM
Puteri sarah ni jahat, laki dh ajak berjmpe. Dia tk nk pulak. Org tu nk berbcang secara aman, nk bg adil pn tk nk
Biarlah 4 tahun gntung tk bertali, setahun kne block. Terima je lah. Sape suruh dlu, tu la balasan dia. Sol tu mnusia biase, ade nafsu.
Ps tak ade nafsu and perasaan.
Ptut sol report jugak kt jais pasal ps sundal zaman muda2 dlu, ingat dia je boleh report laki zina bfore kwen.
Okay i dh taipkn utk penjilat solident |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tu je dia main paksa2 |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada paksaan utk isteri menerima poligami. kalau bermadu tu buat isteri tu hari2 berdosa mencaci suami, jadi meratap nasib marahkan takdir segala, Islam bukannya zalim nak paksa isteri tu kekal dalam marriage tu.
tiber pulak sol ni nak sarah terima poligami. ko berpoligami pun kat siam, pastu nak sarah terima itu ini. taik betul perangai, eloklah dok dalam famili degawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmbg at 24-3-2023 01:41 PM
Mcm cilaka ja..da binik xmau tu lepas ja lah..eh eh bole plak nk discuss turn bermalam bagai..abes puasa sis dok memaki hamun samdol ni..nasib harini xpuasa |
|
|
|
|
|
|
|
eeiiuuuuuwwww geli kot gilir2 ko nak celup. . dah 4 tahun baru nak bincang? hmmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan serious la
ni namanya trolling
dia saja troll si PS tu
|
|
|
|
|
|
|
|
haha. Aku baru nak hangin chuolls, sekali plot twist daaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ewww kongsi2 deek geli je |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun tggu bincang tapi kau menyundal dgn birah yg send2 video plak kt dia. kalau aku pun takmau dah sol jantan cam hang. dah tu kena bincang kat depan org2 tu ka, awat tak leh balik rumah makpak kandung pun bole bincang giliran2 tu, masalah dulu depa tanya hang kata takmau kat birah, dgn tak balik2 rumah anak2 pun x jumpa tetiba nikah kat siam. hadui tersiat2 hati seorg wife hang takleh pikiaq ka sol |
|
|
|
|
|
|
|
baru kali ni nampak sol ni bersuara kan...
sebelum ini diam tak berkutik... hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|