PUTRAJAYA – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini. Menerusi satu surat edaran dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 layak menerima bantuan sebanyak RM700 termasuk lantikan 87 kontrak.
Katanya, bagi pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350. Surat edaran yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed itu menjelaskan, BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. “Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700,” katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam. BKKA Tahun 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Dovahkiin replied at 24-3-2023 02:35 PM
Jap lg ada la "Kenapa gomen bg staf gomen bantuan? Kenapa tak bagi swasta sekali?"
Rajawali replied at 24-3-2023 06:39 AM
ayat "ada berpuluh kaunter tapi yang bukak satu je" dan "call banyak kali tapi tak jawap" akan mun ...
Rajawali replied at 24-3-2023 02:39 PM
ayat "ada berpuluh kaunter tapi yang bukak satu je" dan "call banyak kali tapi tak jawap" akan mun ...
Rajawali replied at 24-3-2023 02:39 PM
ayat "ada berpuluh kaunter tapi yang bukak satu je" dan "call banyak kali tapi tak jawap" akan mun ...
mawarputih2612 replied at 24-3-2023 03:02 PM
petronas brapa bulan bonus ehhh
otai_g replied at 24-3-2023 02:32 PM
Nasib la. Sapa srh x keje dgn gov dulu. Pastu menyalak sbb x dpt bantuan
ADVERTISEMENT