CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bayar Tempahan Hotel, Bila Tiba Staf Dan Tetamu Tiada! Booking Hotel Lain Pun Ngeri Juga

24-3-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7974| Komen: 11

Description: Tular hantaran seorang pemuda di Twiter yang menceritakan pengalaman seram ketika membuat tempahan bilik penginapan hotel.Apa yang mengerikan adalah hotel ditempah sudah lama tidak berpenghuni.Twitter ...
Tular hantaran seorang pemuda di Twiter yang menceritakan pengalaman seram ketika membuat tempahan bilik penginapan hotel.

Apa yang mengerikan adalah hotel ditempah sudah lama tidak berpenghuni.



Twitter/mStar

Menurut pengguna Twitter @iRaesmee, dia pergi ke sebuah daerah di Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas menempah penginapan di sebuah hotel di kawasan itu.

Bercerita mengenai pengalamannya, dia menempah penginapan di rangkaian hotel tempatan dan berjaya membuat tempahan menerusi aplikasi telefon.

Katanya, semasa membuat tempahan, semuanya kelihatan baik dan dia tidak berfikir dua kali untuk membuat pembayaran bilik itu secara dalam talian.

Selepas memandu selama berjam-jam dia akhirnya tiba di hotel berkenaan tetapi hairan apabila melihat ia kosong dan tiada kakitangan yang bekerja di situ.

Melihat situasi itu, pemuda ini terus menghubungi perkhidmatan pelanggan yang kemudian memberitahunya bahawa dia perlu menunggu selama 45 minit sebelum mereka boleh menawarkan penyelesaian.


Menerusi video dimuat naik, dapat dilihat hotel itu kelihatan kosong kerana ia sebenarnya telah ditutup.


https://twitter.com/iRaesmee/status/1636777491913392131/video/2

Kerana kecewa dengan pemakluman itu, dia terus menempah penginapan di hotel lain di kawasan berdekatan, namun turut tidak berpuas hati dengan pengalamannya di sana.

“Bila masuk bilik, bilik busuk, bau asap rokok, tandas berdaki, tombol pintu longgar, pintu tandas longgar, cadar kurang bersih," tulisnya dalam ciapan susulan.

Dia menjelaskan, bilik itu ditempah kerana memerlukan penginapan alternatif yang murah memandangkan dia hanya mahu singgah tidur sebelum menyambung perjalanan.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka bilik itu dalam keadaan sedemikian dan akur dengan nasib malang yang dihadapi pada malam itu.

Dalam hantaran sama, dia menjelaskan sudah dibayar balik wang daripada pihak agensi yang menguruskan hotel tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 24-3-2023 02:45 PM
Ni mcm ai aritu la..sudahnye burn je la..xsggup ai..dgn kawasan tu semua suram dan gelap je..ai smpi tu baru pukul 9 malam tp mcm dh tgh malam sgt2
Quote KamikuP 24-3-2023 02:56 PM
Ni mesti hotel OYO pundek tu sbb meollss pun pernah terkena 1st time booking.
Bila dah sampai kat tempat tu, staff bagitau sistem error over booking. Puiihkkkk
Naseb baek Agoda refund duit hoh! Terpaksa le meolls tebalkan muka menumpang rumah sedare mlm tu.. ekekeke
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 03:16 PM
KamikuP replied at 24-3-2023 02:56 PM
Ni mesti hotel OYO pundek tu sbb meollss pun pernah terkena 1st time booking.
Bila dah sampai kat te ...

i pun pernah kena dengan oyo..dah book dah bayar tetiba hotel call cakap penuh..
i cakap dah penuh cam mana boleh book bayar segala..
dorang bagi alasan dah bgtau agoda tapi agoda yang tak tutup..
mujur ada hotel lain yang available..
memang i banned segala hotel yang under oyo..
Quote nakkomenjugak 24-3-2023 09:45 PM
lagi seram kalau heshe dah duduk tido situ segala
keesokan nyaaa booking agent tu tepon mintak maap hotel dah lama tutup
Quote Zeatyisaac 24-3-2023 11:58 PM
I pernah pergi hotel yang takde staff. Masuk je, ada self service machine. Key in number ic kat machine, terus keluar kad kunci bilik. Esoknya, masukkan kad ke dalam machine tu, keluar duit deposit. Ambik duit, balik. Machine tu macam machine ATM. Senang je.
Quote jari10 25-3-2023 12:18 AM
Hehe teringat masa kerja dulu2..kena outsation ke satu negeri ni. Kawan aku yg tolong booked hotel tu sbb aku nak hotel yg paling dekat dengan tempat aku meeting esoknya (2 malam). Hotel besar..lebih 15 tingkat jugak la. Lobby suram.. tak meriah langsung! Yg lagi terbaiknya, bilik aku stay tu seluruh floor hanya aku sesorang je guest je yg ada hahaaha. Macam mana aku tau..sbb aku call tanya frontdesk. Aku tak ingat kenapa aku tak jadi tukar bilik wlupun dah tahu aku sesorg je kat situ….
Quote Lagubestbest 25-3-2023 12:38 AM
KamikuP replied at 24-3-2023 02:56 PM
Ni mesti hotel OYO pundek tu sbb meollss pun pernah terkena 1st time booking.
Bila dah sampai kat te ...

oyo kut, hotel tak laku dapat invite join network oyo. syarat cat sikit gantung frame modern art sikit bagi nampak updated.
Quote amarakasih 25-3-2023 02:07 AM
Teringat masa kita pergi KK, lupa dah nama apartment tu. Geli tengok gelugut hitam dalm bilik mandi especially kat bawah bowl jamban. Terus tak jadi and check in hotel lain
Quote anony-mous 25-3-2023 02:12 AM
Zeatyisaac replied at 24-3-2023 11:58 PM
I pernah pergi hotel yang takde staff. Masuk je, ada self service machine. Key in number ic kat mach ...

STEG hotel kah?
Quote dua_chzy 25-3-2023 03:26 AM
Zeatyisaac replied at 24-3-2023 03:58 PM
I pernah pergi hotel yang takde staff. Masuk je, ada self service machine. Key in number ic kat mach ...

Ni laen. Ni self check in punya hotel.

Btw tak pernah guna OYO sebab kalau tempat aiol rata2 hotel OYO ni buruk2 blako.
Quote Decaffeinated 25-3-2023 09:18 AM
Inilah pentingnya baca review dan pastikan yg terbaru bukan 5 tahun lepas

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.317475 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top