CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Tibi Boleh Kena Tindakan Undang-Undang Kalau Tak Teruskan Rawatan

24-3-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5044| Komen: 0

Description: Pesakit tibi boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya berhenti mengambil rawatan.Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha ...
Pesakit tibi boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya berhenti mengambil rawatan.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, negara merekodkan sejumlah 2,572 kematian akibat tibi pada tahun lalu iaitu meningkat sebanyak 284 berbanding 2,288 kematian pada tahun 2021.


Bagi mengurangkan komplikasi kematian, individu yang mempunyai gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah diminta menjalani pemeriksaan awal dan rawatan di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.


Gambar hiasan

"Rawatan bagi penyakit tibi paru-paru adalah kombinasi ubatan antibiotik antitibi yang perlu diambil setiap hari selama enam bulan. Individu yang dijangkiti tibi boleh sembuh dengan mengambil rawatan yang telah diberikan.


"KKM menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang telah ditetapkan dan berbincang dengan penyelia rawatan jika menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan ubatan.

"Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan," katanya dalam satu kenyataan sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia 2023, pada Jumaat.

Beliau menambah, Malaysia juga mencatatkan 25,391 kes pesakit tibi pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 3,664 kes (17 peratus) berbanding 21,727 kes

Katanya, stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan.

"Komitmen yang tinggi daripada anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia menamatkan tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.

"Individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti penyakit tibi seperti kontak kepada kes tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmori kronik (jenis obstruktif) dan perokok aktif adalah dinasihatkan melakukan saringan penyakit tibi," katanya.

Penyakit Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara. Majoriti jangkitan tibi melibatkan paru-paru (tibi pulmonari), namun organ lain juga boleh mendapat jangkitan seperti otak (TB meningitis), tulang (TB spine), kelenjar limfa (TB lymph node), usus (TB gut) dan lain-lain organ badan.

Tema bagi Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah “Yes! We Can End TB!” yang memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha dan strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.150903 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top