Luahan seorang isteri tular di media sosial. "Aku ni sejak remaja kategori badan jam pasir. Pinggang kecil perut tak ada, tapi yang selebihnya terlebih saiz dan membawa sampai sekarang, anak dah remaja.
"Cuma sekarang ni, perut tu ada la lemaknya, beranak pun berkali-kali kan. Aku baru join balik grup BFF (teman baik) kawan-kawan sekolah, tapi entah la... aku rasa macam dah toksik pun ye. "Tak habis-habis cakap fasal diet, kurus, saiz tak XS dan jelas sekali aku yang bersaiz L dan ke atas ni akan kena kecam setiap masa," kongsinya menerusi coretan di halaman IIUM Confessions. Memasuki usia 40-an, wanita itu mengakui pernah mengamalkan diet untuk menguruskan badan tetapi sejak berumah tangga, corak dan tabiat pemakanannya dipengaruhi oleh suami sepenuhnya. "Suami aku jenis suap aku macam-macam. Setiap hari keluar, food hunting, makan sana sini. Kalau kami ni tiktokers, dah terkenal kot sebab semua ceruk tempat makan kami cuba.
"Sebelum aku balik kerja pun, suami akan telefon pukul 3 petang untuk tanya, 'sayang nak makan mana malam ni?' Aku tak sempat hadam lagi lunch tadi, dia dah tanya nak makan apa. “Dia akan pastikan aku makan. Kadang-kadang dia minta gambar lunch apa tadi. Last-last dia buat video call teman aku makan, atau nak tengok aku makan ke tak,” katanya. Menurutnya lagi, suaminya yang lebih muda 11 tahun daripadanya merupakan jurulatih kecergasan dan 'kaki gim'. "Badan sado, tinggi, perut leper ada packs. Tapi bab makan, dia king. Yelah, balik main gim, kena makan protein, cukupkan kalori dia. Siapa lagi dia nak ajak makan, selain bini dia. "Dia kahwin dengan aku pun memang masa tu berat aku 'dah berat mata memandang'," ujarnya yang berkahwin buat kali kedua. Kaum lelaki juga mempunyai cita rasa sendiri dalam memilih pasangan. (gambar hiasan: Freepik) Pada masa sama, dia meluahkan kepada suaminya mengenai rakan-rakan yang sering menekannya supaya mengamalkan diet untuk menguruskan badan. Sebaliknya, suami wanita itu lebih selesa dengan keadaannya sekarang iaitu bersaiz besar. "Jawapan dia, 'Orang yang suruh tu, gembira tak dengan kehidupan dia? Rumah tangga bahagia tak? I kahwin dengan you sebab you tembam. Kalau you kurus, baik I cari orang lain'. "Jawapan menyakitkan hati pun ada, 'Laki dia suka papan, I tak suka. I suka bantal peluk',” katanya. Berdasarkan coretannya itu, wanita itu sebenarnya mahu menyampaikan mesej bahawa kebahagiaan setiap orang adalah berbeza-beza. "Asalkan sihat, jauh daripada penyakit. Kurus pun kalau suami buat hal, pun tak best. Banyak lagi punca rumah tangga boleh retak. "Masa perkahwinan pertama dulu, berat bawah 60 kilogram, lepas bersalin susut. Tapi suami masih tak balik rumah juga. Ada jelah serba tak kena di mata dia. "Lelaki kalau dah sayang, kau buat tarian badak gemuk depan dia pun dia gelak dan peluk kau. Kalau dah tak sayang, kau menari seseksi penari tiang pun, dia tetap cari alasan lain," katanya. -CARI Sumber: mStar Online
|
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:43 PM
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar
supernaturalee replied at 24-3-2023 12:45 PM
gemuk is awful
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:43 PM
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:46 PM
X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:46 PM
X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama
green~tea replied at 24-3-2023 12:27 PM
Oh ... laki dia suka BBW - big beautiful woman..
ADVERTISEMENT