CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puasa Serentak, Tapi 1 Syawal Mungkin Tak Sama Di Indonesia

24-3-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4248| Komen: 2

Description: Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi bersyukur hari pertama Ramadan di negara itu dapat dilaksanakan serentak negara-negara lain di Asia Tenggara dan Arab Saudi.Bagaimanapun, pada sidang ...
Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi bersyukur hari pertama Ramadan di negara itu dapat dilaksanakan serentak negara-negara lain di Asia Tenggara dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada sidang media bersama Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas di Pejabat Kementerian Agama di Jakarta Pusat, Abdullah berkata, penentuan 1 Syawal 1444 Hijrah di Indonesia mungkin berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara lain.



Jaidi

“Alhamdulillah, tahun ini kita berpuasa serentak pada 23 Mac. Tetapi perbezaan berkemungkinan berlaku pada 1 Syawal. Semoga perbedaan ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Potensi perbezaan sambutan 1 Syawal tahun ini kerana pada waktu matahari terbenam, 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baharu Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah. 


Walaupun umat Islam Indonesia mungkin merayakan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh yang berbeza, Abdullah berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian.

“Jangan bezakan antara kita. Sikap kita sebagai umat Islam, sebagai warga negara, adalah menghormati antara satu sama lain,” kata Abdullah.

Dalam pada itu Abdullah turut menyeru masyarakat Islam tidak hanya menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi juga meningkatkan ketakwaan ibadat dan sosial sepanjang bulan yang mulia ini.

Beliau juga berharap ketibaan bulan Ramadan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan bukannya dijadikan medan berpolitik berikutan Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 yang semakin hampir.

“Diharap bulan Ramadan dapat memupuk perpaduan dan kesatuan sesama kita khususnya dalam tahun politik ini agar kita dapat memahami bersama, tidak menyebabkan isu politik menjadi perpecahan antara kita,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akmal 24-3-2023 01:00 PM
Kiranya Kita akan raya Hari jumaat or sabtu
Quote lotusteratai 24-3-2023 01:19 PM
Edited by lotusteratai at 24-3-2023 01:21 PM

entahla pak, kena tunggu anak bulan baru boleh confirm... mcm tahun lps malaysia raya sehari awal dr kalendar

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045494 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top