View: 7472|Reply: 66
|
Wanita Dalam Dilema- BFF Kutuk Sebab Badan Gemuk, Tapi Suami Suka, Asyik Sumbat Makan Berlebihan-Lebihan
[Copy link]
|
|
Luahan seorang isteri tular di media sosial.
"Aku ni sejak remaja kategori badan jam pasir. Pinggang kecil perut tak ada, tapi yang selebihnya terlebih saiz dan membawa sampai sekarang, anak dah remaja.
"Cuma sekarang ni, perut tu ada la lemaknya, beranak pun berkali-kali kan. Aku baru join balik grup BFF (teman baik) kawan-kawan sekolah, tapi entah la... aku rasa macam dah toksik pun ye.
"Tak habis-habis cakap fasal diet, kurus, saiz tak XS dan jelas sekali aku yang bersaiz L dan ke atas ni akan kena kecam setiap masa," kongsinya menerusi coretan di halaman IIUM Confessions.
Gambar Hiasan
Memasuki usia 40-an, wanita itu mengakui pernah mengamalkan diet untuk menguruskan badan tetapi sejak berumah tangga, corak dan tabiat pemakanannya dipengaruhi oleh suami sepenuhnya.
"Suami aku jenis suap aku macam-macam. Setiap hari keluar, food hunting, makan sana sini. Kalau kami ni tiktokers, dah terkenal kot sebab semua ceruk tempat makan kami cuba.
"Sebelum aku balik kerja pun, suami akan telefon pukul 3 petang untuk tanya, 'sayang nak makan mana malam ni?' Aku tak sempat hadam lagi lunch tadi, dia dah tanya nak makan apa.
“Dia akan pastikan aku makan. Kadang-kadang dia minta gambar lunch apa tadi. Last-last dia buat video call teman aku makan, atau nak tengok aku makan ke tak,” katanya.
Menurutnya lagi, suaminya yang lebih muda 11 tahun daripadanya merupakan jurulatih kecergasan dan 'kaki gim'.
"Badan sado, tinggi, perut leper ada packs. Tapi bab makan, dia king. Yelah, balik main gim, kena makan protein, cukupkan kalori dia. Siapa lagi dia nak ajak makan, selain bini dia.
"Dia kahwin dengan aku pun memang masa tu berat aku 'dah berat mata memandang'," ujarnya yang berkahwin buat kali kedua.
Kaum lelaki juga mempunyai cita rasa sendiri dalam memilih pasangan. (gambar hiasan: Freepik)
Pada masa sama, dia meluahkan kepada suaminya mengenai rakan-rakan yang sering menekannya supaya mengamalkan diet untuk menguruskan badan.
Sebaliknya, suami wanita itu lebih selesa dengan keadaannya sekarang iaitu bersaiz besar.
"Jawapan dia, 'Orang yang suruh tu, gembira tak dengan kehidupan dia? Rumah tangga bahagia tak? I kahwin dengan you sebab you tembam. Kalau you kurus, baik I cari orang lain'.
"Jawapan menyakitkan hati pun ada, 'Laki dia suka papan, I tak suka. I suka bantal peluk',” katanya.
Berdasarkan coretannya itu, wanita itu sebenarnya mahu menyampaikan mesej bahawa kebahagiaan setiap orang adalah berbeza-beza.
"Asalkan sihat, jauh daripada penyakit. Kurus pun kalau suami buat hal, pun tak best. Banyak lagi punca rumah tangga boleh retak.
"Masa perkahwinan pertama dulu, berat bawah 60 kilogram, lepas bersalin susut. Tapi suami masih tak balik rumah juga. Ada jelah serba tak kena di mata dia.
"Lelaki kalau dah sayang, kau buat tarian badak gemuk depan dia pun dia gelak dan peluk kau. Kalau dah tak sayang, kau menari seseksi penari tiang pun, dia tetap cari alasan lain," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
citer hasanah apa ni..isu semasa ke pon |
|
|
|
|
|
|
|
Mahu kurus or gemuk perlu tanya orang... Sehingga mati kena minta validation/approval cara hidup dari orang ...memang tidak penat yea badan sendiri but perlu dance cara orang even suami sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-3-2023 12:45 PM
gemuk is awful
X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
saje tak nak bagi orang gemuk murung haha
|
|
|
|
|
|
|
|
gemuk is not healthy ?
mmm mcm x catchy
|
|
|
|
|
|
|
|
tp perkataan gemuk tu sndiri dh bw maksud body shaming
cuma bila diletakkan dlm frasa awesome tu suddenly it's okey, acceptable pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya laki dia ni. Bak no talipun... Ajak aku mkn laa sbb bini dia tanak makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikot la laki ko kan best mkn sedap20 |
|
|
|
|
|
|
|
Makin teruk isu semasa ni... Penuh cerita Tik Tok |
|
|
|
|
|
|
|
see.. betul tak i cakap..
biasa yang rasa diri kurus tu yang dok bitter sangat dengan orang gemuk..
kutuk-kutuk as if body dorang prefect but actually tak happy pun dengan diri sendiri sampai kena kutuk orang lain just to make them feel better.. |
|
|
|
|
|
|
|
acik kepam obese putrajaya ke yg confess ni ? siap food hunting bagai mmg pesen acik2 gomen sangattt
gemuk kut sihat takde 3,4 serangkai tu ok je
rentuer2 umo menuju menopos tu helok2 la jaga sikit pemakanan, bukan apa, kang tak sampai 50 nampak mcm 70 ditambah segala mala penyakit
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn sampai obesiti, dah laki kaki gym g ikut laki masuk gym. Nak makan byk makan la tp kena buat senaman dua kali ganda utk bakar kalori tu. Kang diri sendiri rasa down tgk org lain dressup cecantik lagi-lagi rakan-rakan sebaya |
|
|
|
|
|
|
|
Ni cita lepas isap gam Dunlop ke nyah... jauh ke bulan, nun.. laki kaki gym, bini dibiar gemuk...Apoooo???!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ke sebenarnya nak show off
gundu2 pun dpt laki body sedap katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki ko dah suka lantak la org lain nk kata apa....cer tengok almy nadia dan piz pairus tu |
|
|
|
|
|
|
|
keje nak melambung aje ye...dah masak ke belum tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|