Ampang Jaya: Hanya menggunakan bekas berwarna merah jambu dan duduk menadah tangan di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai, di sini, untuk meraih simpati. Itu perbuatan dilakukan seorang wanita warga asing yang mencari jalan mudah mendapatkan wang sehingga mampu memperoleh RM240 dalam beberapa jam meraih simpati orang ramai.
Bagaimanapun tindakan wanita terbabit mengundang padah apabila ditahan polis semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam dan menahan wanita itu yang sedang meminta sedekah. "Hasil pemeriksaan mendapati dia menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan diri sah. "Pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap beg yang disandang suspek mendapati beberapa wang kertas sejumlah RM240. "Suspek kini ditahan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Harian Metro. -CARI
|
lotusteratai replied at 24-3-2023 01:34 PM
sbb tu pengemis kat negara ni bak cendawan tumbuh selepas hujan, ramai enabler yg kata klu dia tipu ...
ADVERTISEMENT