Pemain bola sepak Indonesia tidak digalakkan berpuasa menjelang dua perlawanan persahabatan menentang Burundi pada Sabtu dan Selasa depan. Ketua Jurulatih Indonesia dari Korea Selatan, Shin Tae-yong mahu pemain mengekalkan tahap kecergasan sepanjang jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Difahamkan, satu pertemuan dengan pemimpin agama serta pemain akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut. “Puasa memang agak sukar buat saya kerana pemain perlu makan pada waktu tertentu bagi mengekalkan kecergasan mereka. “Jika tidak makan dan harus lari dan beraksi, maka itu situasi yang amat menyukarkan pemain. “Saya harus berbincang dahulu dengan pemimpin agama dan pemain mengenai perkara ini supaya mereka boleh memberi sepenuh fokus terhadap dua perlawanan yang akan dihadapi. “Mungkin ada hari yang pemain tidak perlu berpuasa dan mereka masih boleh mengganti puasa yang ditinggal selepas bulan Ramadan.
“Kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dalam pertemuan itu nanti,” kata Tae-yong. Skuad Garuda terpaksa menentang pasukan sama dalam dua aksi persahabatan selepas mengalami kesukaran untuk mencari lawan pada jendela FIFA kali ini. Menjelang pertemuan menentang Burundi, Tae-yong mengakui tidak arif dengan kemampuan lawan tetapi dia mahu pemain Indonesia memberi prestasi terbaik sebagai langkah untuk meraih mata dan memperbaiki ranking. Sumber: Utusan
|
airmineral replied at 23-3-2023 01:12 PM
kwn iols kena sound macik kt korea
dia ckp jgn pakai tudung kt sini
dtg sini ikut cara korea
mzzenma replied at 23-3-2023 02:43 PM
meanwhile epl sana siap nak pause match utk bagi muslim players buka puasa
ADVERTISEMENT