CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukit Tunku Tutup Sebab Penuh Sampah, Kajang Perdana Pula Jadi Spot Healing

23-3-2023 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5687| Komen: 34

Description: Orang ramai dilihat tidak menunggu lama untuk mencari sebuah ‘spot healing’ baharu apabila Bukit Tunku ditutup oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Orang ramai dilihat tidak menunggu lama untuk mencari sebuah ‘spot healing’ baharu apabila Bukit Tunku ditutup oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menerusi perkongsian klip video di media sosial memaparkan kawasan perumahan di Kajang Perdana, Selangor tular apabila ramai menjadikan tempat itu sebagai salah satu ‘spot healing’.


Video yang berjaya meraih perhatian itu dimuat naik Manish merakamkan detik-detik dia dan rakan-rakan berkelah di bahu jalan sambil melayani pemandangan.


Foto: tiktok

Difahamkan, dia sering berkunjung ke Bukit Tunku viewpoint di Kuala Lumpur, sebelum ditutup akibat pembuangan sampah tidak terkawal oleh pengunjung.

Di ruangan komen, rata-rata ramai teruja dengan ‘spot’ baharu dan ada juga yang risau, Kajang Perdana bakal berdepan kes pembuangan sampah jika tidak dikawal.

“Dekat mana tempat ini? Bukit Ampang dan Bukit Tunku dah tak seronok, yang tinggal cuma Bukit Antarabangsa dan Permai sahaja”, kata Aremirul.


“Waktu aku nak ‘healing’ ramai betul, dia ni pergi kosong sahaja macam tak pernah orang tahu tempat ni,” ujar MirulFikri.

Salah seorang pengguna Wan Gliger turut mengingatkan pengguna agar sentiasa menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan membuang sampah di tempat sepatutnya.

“Bagus dah tu sampah kumpul satu tempat, harapnya sampah tu dibuang ke tempat yang sepatutnya. Bukit Tunku dulu tutup sebab banyak sampah,” jelas Wan Gliger. –CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 23-3-2023 12:45 PM
Harap2 kena gilis trailer
Quote cikatilia 23-3-2023 12:54 PM
dah piknik sampah mmg tak reti2 nak buang elok2
dasar
Quote tripleid 23-3-2023 12:59 PM
pengoto nak mampus.selayaknyala kena katup
Quote uori 23-3-2023 01:03 PM
pelik2 orang sekarang nih
Quote afie_m 23-3-2023 01:27 PM
jns memang pengotor, sampah makanan sendiri pun main biar ja
Quote Suchi 23-3-2023 01:28 PM
Kat area mana plak dorang ni lepak ni?
Kajang perdana ni dekat ngn penjara kajang.Elokla sumbat terus depa kat sana.
Bukit tunku tu iols tak ssmpat nk shoot gambar kat sana dah tutup plak emmm
Quote mrseller 23-3-2023 02:18 PM
ni la beruk bandar
Quote venom1 23-3-2023 02:26 PM
tempat tengok kapalterbang kat KLIA tu pun ramai beruk makan buang sampah merata2. dari budak sampai mak bapak. pampers tu buang kat situ. last2 MAB pagarkan tempat tu. tapi berani parking kat tepi jalan utama sebab nak tengok kapalterbang. ni kalau ada treler terbabas kena gilis jangan salahkan sesiapa
Quote mejaputih 23-3-2023 02:27 PM
dorg ni tak penah kot amalkan bawa pulang sampah anda....
Quote Omai 23-3-2023 02:57 PM
good view heights.. tempat aku healing masa jalan ni tutup untuk laluan orang. sekarang mesti serabut sana kan.
Quote selipar_hijau 23-3-2023 03:10 PM
Memang patut pun tutup tempat2 healing ni utk jaga kebersihan & alam sekitar, rakyat kita ni bukan jenis reti jaga kebersihan. Tak kisah la tpt healing tepi bukit ke, air terjun ke. Signbod kompaun buang sampah pun takde orang peduli
Quote dekmieDandy 23-3-2023 03:11 PM
bukit antarabangsa at least memang ada orang jaga, sebab memang viewpoint macam taman and siap ada parking lagi

tempat pun kul 10 dah tutup

masalah tempat lain tu, sebab memang roadside je, so roadcare jelar kot yang jaga
Quote syaz_lina 23-3-2023 03:20 PM
perangai seko2..healing palatao dia, sampah mkn sendiri pun tak reti nak bawak balik. ko healing kat tempat pelupusan sampah kat banting nu lebihsesuai utk pengotor cam hangpa
Quote TabletSusu 23-3-2023 03:32 PM
tua sgt dah aku ni rsnya.. sbb xpernah tau ada segala mak nenek spot healing ni. tp.. mengadanya korang piknik tepi jalan mcm gitu.
Quote xy_daen 23-3-2023 03:46 PM
Budak zaman sekarang, kerja lebih kurang melepak je lebih...healing katanya...sambil2 buang sampah merata
Quote chandrahusin 23-3-2023 04:00 PM
Pengotor
Healing2 ambik gamba tp sampah tak reti nsk buang proper
Bukit Tunku aku pnh pegi
Tp penuh dgn cyclist
Quote supernaturalee 23-3-2023 04:21 PM
nk healing diri korang
tmpt yg korg lepak tu plak yg sakit



Quote supernaturalee 23-3-2023 04:22 PM
xy_daen replied at 23-3-2023 03:46 PM
Budak zaman sekarang, kerja lebih kurang melepak je lebih...healing katanya...sambil2 buang sampah m ...


Quote ifanonline 23-3-2023 04:23 PM
rakyat malaysia ni memang kaki buang sampah...pengotor tul rakyat malaysia in general...mungkin peratusan org miskin di malaysia ni tinggi...tapi ada juga 2-3 ekor M40 dan T20 kaki pengotor buang sampah

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048382 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top