CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tugas Diwarisi Turut-temurun, 3,400 Pemukul Gendang Kejut Penduduk Istanbul Sahur

23-3-2023 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3682| Komen: 2

Description: Penduduk Istanbul, Turkiye juga mengamalkan tradisi umat Islam di negara lain yang akan menggunakan paluan gendang untuk mengejutkan mereka bersahur pada bulan Ramadan.Tradisi itu tidak lapuk ditelan ...
Penduduk Istanbul, Turkiye juga mengamalkan tradisi umat Islam di negara lain yang akan menggunakan paluan gendang untuk mengejutkan mereka bersahur pada bulan Ramadan.

Tradisi itu tidak lapuk ditelan zaman, biar pun generasi hari ini dilengkapi kecanggihan teknologi seperti kemunculan telefon pintar yang dijadikan sebagai penggera atau jam loceng.



Twitter

Sempena Ramadan kali ini, 3,400 pemukul gendang terdiri daripada individu pelbagai peringkat umur ditugaskan bagi mengejutkan orang ramai di 963 kawasan kejiranan di seluruh Istanbul.

Pengerusi Kejiranan Istanbul, Selami Aykut berkata, tradisi itu telah bermula sejak era pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

Lebih menarik, tugas pemukul gendang adalah diwarisi sejak turut-temurun daripada ahli keluarga terdahulu.

"Kesemua 3,400 pemukul gendang ini bukan tangkap muat sebaliknya mereka telah terlibat sejak bertahun-tahun. Ada pemukul gendang yang mewarisi tugas itu daripada bapa dan datuk mereka.


"Anak kecil atau remaja pula bukan pemukul gendang sembarangan kerana mereka perlu menjalani ujian dan lulus sebelum diberikan kad khas 'pemukul gendang Ramadan' bagi membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti ini selama sebulan," katanya.

Tambahnya, selain memukul gendang dan melaungkan perkataan sahur berulang kali, petugas atau pemukul gendang juga akan membaca puisi pendek sebelum meneruskan perjalanan ke rumah-rumah lain.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 23-3-2023 12:52 PM
Ketuk gendang takpe jgn ketuk kepala
Quote supernaturalee 23-3-2023 12:52 PM
sahur........sahur.................

[youtube]6d2TOv4x1t4[/youtube]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050643 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top