Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan punca pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bahau mencederakan dirinya. Pelajar berusia 16 tahun itu yang ditemuinya semalam mendakwa mengelar leher dan lengan kerana tertekan dimalukan gurunya pada Selasa.
Katanya, kejadian itu disedari rakan sekelas mangsa yang menjumpainya dalam keadaan berlumuran darah di kawasan sekolah. "Mangsa kemudian dihantar dengan ambulans ke sebuah klinik di Bandar Seri Jempol untuk mendapatkan rawatan. "Dia menerima 22 jahitan akibat kesan kelar pada leher dan lengan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Pelajar itu mendakwa dua guru di sekolah berkenaan mengesyakinya melakukan sesuatu tidak sepatutnya terhadap seorang pelajar perempuan.
Malah katanya, pelajar tersebut turut diminta membuat surat pengakuan berkenaan kejadian itu walaupun perkara itu dinafikannya. "Bagaimanapun disebabkan tertekan dan berasa malu, dia mencederakan diri menggunakan serpihan cermin tingkap. "Berikutan itu, satu laporan polis dibuat pelajar tersebut di Balai Polis Bandar Seri Jempol hari ini (Rabu) dengan ditemani keluarganya," katanya. Sementara itu Gunasekaran berkata, apa sahaja yang berlaku di sekolah sewajarnya ditangani sebaiknya sama ada daripada pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. "Dia (pelajar) masih muda malah tindakannya yang mencederakan diri dikhuatiri boleh membawa maut. "Justeru, saya harap perkara ini dapat diselesaikan mengikut lunas yang sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab sama ada polis dan Jabatan Pendidikan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Sumber: Sinar Harian
|
Jiddin replied at 23-3-2023 06:17 AM
Dalam kita bimbang n simpati kepada pelajar no, jangan lupa pada 2 pelajar perempuan yang mungkin ju ...
annehuda replied at 23-3-2023 06:27 AM
Ko tak salah ko buat jelah pengakuan tu. Apsal nak kelar-kelar diri. Dasarrrr geng ular...ni sbb dh ...
annehuda replied at 23-3-2023 06:27 AM
Ko tak salah ko buat jelah pengakuan tu. Apsal nak kelar-kelar diri. Dasarrrr geng ular...ni sbb dh ...
ADVERTISEMENT