CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7681|Reply: 15

Pelajar Kelar Leher, Lengan Dengan Serpihan Cermin Tingkap Sekolah Kerana Tertekan Dimalukan Guru

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 06:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan punca pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bahau mencederakan dirinya.


Pelajar berusia 16 tahun itu yang ditemuinya semalam mendakwa mengelar leher dan lengan kerana tertekan dimalukan gurunya pada Selasa.


Katanya, kejadian itu disedari rakan sekelas mangsa yang menjumpainya dalam keadaan berlumuran darah di kawasan sekolah.




Gunasekaran melihat kecederaan pada tangan remaja berkenaan.




"Mangsa kemudian dihantar dengan ambulans ke sebuah klinik di Bandar Seri Jempol untuk mendapatkan rawatan.


"Dia menerima 22 jahitan akibat kesan kelar pada leher dan lengan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.


Pelajar itu mendakwa dua guru di sekolah berkenaan mengesyakinya melakukan sesuatu tidak sepatutnya terhadap seorang pelajar perempuan.


Malah katanya, pelajar tersebut turut diminta membuat surat pengakuan berkenaan kejadian itu walaupun perkara itu dinafikannya.


"Bagaimanapun disebabkan tertekan dan berasa malu, dia mencederakan diri menggunakan serpihan cermin tingkap.


"Berikutan itu, satu laporan polis dibuat pelajar tersebut di Balai Polis Bandar Seri Jempol hari ini (Rabu) dengan ditemani keluarganya," katanya.


Sementara itu Gunasekaran berkata, apa sahaja yang berlaku di sekolah sewajarnya ditangani sebaiknya sama ada daripada pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


"Dia (pelajar) masih muda malah tindakannya yang mencederakan diri dikhuatiri boleh membawa maut.


"Justeru, saya harap perkara ini dapat diselesaikan mengikut lunas yang sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab sama ada polis dan Jabatan Pendidikan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kita bimbang n simpati kepada pelajar no, jangan lupa pada 2 pelajar perempuan yang mungkin juga mangsa.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tak salah ko buat jelah pengakuan tu. Apsal nak kelar-kelar diri. Dasarrrr geng ular...ni sbb dh kantoi tu wat keje mcm ni konon nak kona tang lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Die buat Perkara xsepatutnya kpd pelajar perempuan? Umur dh 16, elok la keluar diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:00 AM | Show all posts
sbb dh kantoikah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:23 AM | Show all posts
Jiddin replied at 23-3-2023 06:17 AM
Dalam kita bimbang n simpati kepada pelajar no, jangan lupa pada 2 pelajar perempuan yang mungkin ju ...

Aku yang bengap ke kau yang bengap ye? Ulang-ulang aku baca artikel tu cari pasal 2 pelajar perempuan yang kau sebut tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 09:07 AM | Show all posts
Hmm ntahler.. mohon di bawak ke doktor pakakr psikitari utk diperiksa mental
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:22 AM | Show all posts
kat sekolah aku dulu-dulu ada jugak kes kelar ni, tapi sesama pelajar

sebab dimalukan jugak, lupa dah kes camne

tapi end-up, semua jenis pisau termasuk pisau lipat especially cardboard cutter tu kena ban, dekat 10 tahun jugak baru sekolah up-lift ban tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 11:46 AM | Show all posts
kelly dengan drama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Trend emo instragram. Budak2 skola rendah pun da pandai kelar2 tangan kalau break up dgn boipren/gelpren guna pisau pengasah pensel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde yg benar2 pasti..sb x dgr kenyataan drp guru dan pelajar pompuan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak report polis je kalau syak bdk laki ni buat peel tak elok. yg cikgu suruh buat surat pengakuan bagai tu nape plak? nak setel sendiri macam ni dah jadi huru hara.
mangsa2 tu plak ckp apa?
aduiii la tindakan semua pihak mcm nak salahkan bdk laki ni tp taknak berita dibawa keluar (kalau report kot jd kes besar). ujung2 kes meletop pakej nak membunuh diri plak saspek pun dramanyehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 23-3-2023 06:27 AM
Ko tak salah ko buat jelah pengakuan tu. Apsal nak kelar-kelar diri. Dasarrrr geng ular...ni sbb dh  ...

Cikgu paksa buat pengakuan mengaku bersalah... Dah kalau betul dia tak salah, kenapa dia kena mengaku?

Dlm hal mcm ni, bkn soal geng ular tapi emosi anak2 remaja tu kita kena tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:21 AM | Show all posts
annehuda replied at 23-3-2023 06:27 AM
Ko tak salah ko buat jelah pengakuan tu. Apsal nak kelar-kelar diri. Dasarrrr geng ular...ni sbb dh  ...

Mungkin pengakuan tak bersalah ya maksud kau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 08:06 AM | Show all posts
gen z/alfa

DUmb / Soft / Annoying

nuff said
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068741 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list