CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedia Untuk Ramadan, Masjid Hagia Sophia Disanitasi Dengan Air Mawar

23-3-2023 06:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6494| Komen: 2

Description: Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turkiye terus menjadi tumpuan umat Islam bagi menunaikan solat sunat pada Ramadan kali ini selepas pertama kali mengadakan solat terawih dalam tempoh 88 tahun pa ...
Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turkiye terus menjadi tumpuan umat Islam bagi menunaikan solat sunat pada Ramadan kali ini selepas pertama kali mengadakan solat terawih dalam tempoh 88 tahun pada tahun lalu.


Memetik TRT World, kerja-kerja pembersihan di Hagia Sophia giat dilakukan menjelang solat terawih pertama semalam dan ibadah Ramadan yang mana kebanyakan negara di seluruh dunia dijangka menunaikan rukun Islam ketiga itu pada 23 Mac.


IG

Difahamkan, bahagian dalam masjid berkenaan dibersihkan dengan proses tradisional iaitu disanitasi menggunakan air mawar.

Selain itu, pekarangan dan persekitaran Masjid Hagia Sophia turut dibersihkan dengan air panas.

Hagia Sophia yang dibina pada 532 SM, digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.



Manakala dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.

Bagaimanapun, Hagia Sophia diubah suai semula menjadi muzium pada 1934.

Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Berikutan sekatan COVID-19 di Turkiye pada ketika itu, Masjid Hagia Sophia tidak digunakan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Pihak berkuasa Turkiye memutuskan membuka semula masjid itu pada Ramadan tahun lalu kerana kebanyakan penduduk telah menerima vaksinasi dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.



Hagia Sophia atau dalam bahasa Arab, Ayasofya antara destinasi pelancongan utama Turkiye dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 23-3-2023 10:55 AM
hahaha so boleh la pakai air mawar je kat rumah xyah beli sanitizer
Quote HabukBesi 23-3-2023 12:09 PM
harum semerbak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037830 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top