Oleh Fyruz Hanna
Berhubung isu panas di Pulau Pinang yang mana larangan untuk menggunakan pembesar suara di luar masjid akan diwartakan, ia sememangnya menyentuh sensitiviti bangsa melayu kerana berkaitan dengan agama rasmi Islam. Ramai yang mempolitikkan isu ini dan tak kurang juga yang melontarkan emosi membidas larangan yang dikeluarkan di negeri terbabit.
Namun penulis terpanggil untuk menulis seperti yang diperkatakan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Adibin bahawa Islam membenarkan suara diangkat hanya pada laungan azan. Tiada nas yang menyuruh manusia untuk menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Rasulullah juga pernah menegah sahabat yang membaca Al Quran sebagaimana hadis yang berikut: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Janganlah kita mengganggu dengan bacaan yang terlampau kuat kerana kita tak tahu mereka yang mempunyai anak yang kecil, mereka yang mungkin baru pulang kerja (shift malam) dan penduduk bukan islam yang tiada kepentingan untuk bangun awal. Islam sangat menitik beratkan hidup berjiran dan sangat menjaga adab bermasyarakat, seperti yang pernah disabdakan Rasullullah s.a.w : "Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian (Akhirat), maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat rasanya". (HR Al Khamsah) Ingatlah, sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang mempelajari Al- Quran dan yang mengajarkannya. -CARI Infonet.
|
8
Bagus |
18
Marah |
7
Terkejut |
23
Sedih |
22
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
comel91 replied at 2-10-2015 02:40 PM
Nabi pernah tanye saidina abu bakar..knape baca al Quran slow..abu bakar: aku membaca kpd tuhan yg m ...
rospinki replied at 2-10-2015 03:08 PM
eh..kalu tk kuat org tk tau kita baca kuran
tak gitu?
kanaganpilley replied at 2-10-2015 02:33 PM
kami di kuil hanya bunyi loceng saja.. witu loceng jua tiada speeker kasi..
lavapaipbesi replied at 2-10-2015 03:29 PM
wa pulak kalu tak dengar quran...wa tak boleh tido..
Ah_Kwan replied at 2-10-2015 03:40 PM
keh keh keh
wa hari hari dengar wa punya jiran punya loceng..
rospinki replied at 2-10-2015 04:04 PM
paipbesi pulak dah..baru satni aku tag lu tpi aku hantam je.
skrg kan kt smtpon ada mp3..rasa n ...
Ah_Kwan replied at 2-10-2015 03:40 PM
keh keh keh
wa hari hari dengar wa punya jiran punya loceng..
lavapaipbesi replied at 2-10-2015 04:08 PM
mp3 tahun bila daaaa..sekarang pakai apps la..
rospinki replied at 2-10-2015 04:13 PM
aku tk brpa pandai IT ni..smua ada..apps mp3 mp10 smua aku harong..ujung aku kompius lava.smua aku ...
ADVERTISEMENT