CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kita Puasa Esok!

22-3-2023 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14905| Komen: 38

Selepas melihat anak bulan Ramadan hari ini, 22 Mac bersamaan 29 Shaaban 1444 Hijrah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 23 Mac.


Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


eCentral

Pengumuman ringkas berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara, antaranya Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


Kaedah berkenaan digunakan bagi menentukan kebolehnampakan anak bulan, menerusi posisi matahari dan bulan ketika matahari Ghurub berada di Altitud bulanmelebihi 3° dan jarak lengkung bulan dan matahari melebihi 6.4°.

Menerusi hisab yang dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menyatakan, analisis kedudukan hilal bagi menentukan awal bulan Ramadan 1444H berada di titik rujukan dari Pulau Perak iaitu 5°41'3''U, 98°56'20''T.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 08:40 PM
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis 23 haribulan Mac tahun 2023.
Sekian, wassalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 08:41 PM
tazzabar nak tunggu the night of malam lailatul qodar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan katanya
Quote namr 22-3-2023 08:57 PM
selamat berpuasa!
Quote tikusmontok 22-3-2023 09:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-3-2023 08:40 PM
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah peri ...

Berbaju melayu kelabu gelap hari ini
Quote Highflyer19 22-3-2023 09:25 PM
Selamat berpuasa...
Quote zjen 22-3-2023 09:27 PM
spt biasa dah beli tat nenas, muruku, kerepek dan rempeyek utk buka kalau malas nak masak,  toksa buang masa dgn param
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:28 PM
Tazzabar nak pergi pasaramadani
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:31 PM
Chef Ammar Pelesitin terlepas jual lamb shank harga Tel Aviv tersenyum sinis
Quote clarizsa 22-3-2023 09:38 PM
Salam ramadhan
Quote aechae 22-3-2023 09:39 PM
Salam Ramadhan..selamat menunaikn ibadah puasa semua!!! Yg wajib tu solat 5 wktu n puasa jgn tinggal okeh…


Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:43 PM
Jangan tinggal puasa especially buat andartu forever yang sudah putus haid dan menopause
Quote lurve82 22-3-2023 09:56 PM
Selamat berpuasa
Quote doridori_hi 22-3-2023 10:02 PM
Selamat berpuasa kpd semua sanak saudara
Quote mojarean_X 22-3-2023 10:40 PM
Selamat berpuasa. Iols dh standby ngan keto diet cuma pengecualian utk kurma
Quote kotakbaju 22-3-2023 10:46 PM
01.jpg
Quote ulamalu 22-3-2023 11:04 PM
Ramadan Kareem.
Quote bedahmenjuyah 22-3-2023 11:38 PM
Selamat berpuasa semua
Quote cap_ayam 22-3-2023 11:55 PM
Ramadan Mubarak
Quote zuuu 23-3-2023 03:48 AM
Selamat bpuasa semua...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.152030 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top