|
Selepas melihat anak bulan Ramadan hari ini, 22 Mac bersamaan 29 Shaaban 1444 Hijrah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 23 Mac.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
 eCentral
Pengumuman ringkas berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara, antaranya Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Kaedah berkenaan digunakan bagi menentukan kebolehnampakan anak bulan, menerusi posisi matahari dan bulan ketika matahari Ghurub berada di Altitud bulanmelebihi 3° dan jarak lengkung bulan dan matahari melebihi 6.4°.
Menerusi hisab yang dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menyatakan, analisis kedudukan hilal bagi menentukan awal bulan Ramadan 1444H berada di titik rujukan dari Pulau Perak iaitu 5°41'3''U, 98°56'20''T.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis 23 haribulan Mac tahun 2023.
Sekian, wassalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 22-3-2023 08:40 PM
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah peri ...
Berbaju melayu kelabu gelap hari ini |
|
|
|
|
|
|
|
spt biasa dah beli tat nenas, muruku, kerepek dan rempeyek utk buka kalau malas nak masak, toksa buang masa dgn param |
|
|
|
|
|
|
|
Tazzabar nak pergi pasaramadani |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ramadhan..selamat menunaikn ibadah puasa semua!!! Yg wajib tu solat 5 wktu n puasa jgn tinggal okeh…
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan tinggal puasa especially buat andartu forever yang sudah putus haid dan menopause |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa kpd semua sanak saudara |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa. Iols dh standby ngan keto diet cuma pengecualian utk kurma |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|