Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, tiada masalah untuk kantin sekolah meneruskan operasi pada bulan Ramadan bagi menyantuni murid yang bukan Islam. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa berkata, tidak wajar semua kantin sekolah dibuka dan beroperasi pada bulan Ramadan sekiranya sekolah berkenaan hanya mempunyai bilangan pelajar bukan Islam kurang daripada 10 peratus.
Jelasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) harus menyerahkan keputusan untuk membuka kantin sekolah berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar. Sekiranya kantin sekolah dibuka, pengusaha kantin perlu menanggung kos pengoperasian yang mana tidak boleh ditampung oleh nilai jualan yang diperoleh. "Ini pun tetap membabitkan kos operasi yang tinggi dan pengusaha kantin perlu bijak mengurusnya," katanya dengan menambah jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan pengusaha kantin tidak mendapat pusingan modal.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kantin Bumiputera Johor Bahru, Mohd Fozi Tahir berpendapat cadangan untuk pengurusan sekolah meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan wajar diteruskan bagi sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan (SJK). Katanya, ramai pelajar berbangsa Cina, India dan lain-lain lagi di sekolah menengah dan SJK berbanding sekolah rendah. "Oleh itu, tiada keperluan untuk membuka kantin bagi sekolah rendah kebangsaan kerana jumlah pelajar bukan Islam hanya sedikit," katanya. Sumber: BH Online
|
zjen replied at 22-3-2023 09:48 PM
orang bukan Islam better pilih sekolah yg sesuai
kalau xde sekolah sesuai berdekatan, home schooli ...
ADVERTISEMENT