CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beranak Setiap Hari Catu Makanan- Suami Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Isteri Bisu Dan Pekak

22-3-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6244| Komen: 33

Description: JOHOR BAHRU - Pasangan orang kurang upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah di sini menganggap Ramadan kali ini berbeza dan tidak seperti sebelumnya dengan sambutan yang suram.
JOHOR BAHRU - Pasangan orang kurang upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah di sini menganggap Ramadan kali ini berbeza dan tidak seperti sebelumnya dengan sambutan yang suram.


Zulkifli Ainul Mokhsein, 36, yang bisu, pekak dan menghidap barah limfoma tahap empat berkata, ini kerana mereka tidak mampu melakukan sebarang persiapan untuk Ramadan kerana dia sudah tidak bekerja.

Walaupun bulan puasa akan bermula pada Khamis, perkara utama yang difikirkan Zulkifli Ainul ketika ini adalah barang keperluan dapur yang biasanya hanya mampu bertahan tiga hingga empat hari.


Foto: Sinar Harian

Dia berkata, sudah banyak cabaran diharungi sepanjang diuji dengan penyakit itu antaranya terpaksa berhenti berniaga sate hingga gagal menyara keluarga dan kesan kemoterapi serta pinggangnya lemah.

Malah katanya, walaupun menerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berjumlah RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450, namun masih tidak mencukupi.


"Dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot, saya tiada sumber pendapatan lain malah perancangan isteri yang juga OKU pendengaran dan bisu, Siti Nuratikah Mohd Suhaimi, 30, untuk bekerja juga gagal kerana perlu menjaga tiga anak kami.

"Masalah terputus bekalan makanan bukan perkara baharu bagi kami dan kadang-kala kami hanya berkongsi dua bungkus nasi bajet," katanya kepada pemberita yang berkomunikasi menerusi aplikasi WhasApp.

Walaupun begitu, Zulkifli berharap ada keajaiban untuknya sembuh supaya dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 22-3-2023 11:49 AM
adoi kesiannyaaaa
Quote syaz_lina 22-3-2023 11:59 AM
kesiannya, daripada korang bazir pi buffet ramadhan 700-800 satu family, baik la sedekah kat family OKU ni
Quote cattiecute 22-3-2023 12:10 PM
semoga dipermudahkan semua urusan suami isteri dan anak2 ni dan pakai kondom untuk next next senggama ye
Quote matamata 22-3-2023 12:13 PM
Respect dgn parent ni...
Quote mamajawie 22-3-2023 12:20 PM
Ya Allah, smoga Engkau permudahkan urusan mereka sekeluarga..amin
Quote susukambingbest 22-3-2023 12:36 PM
Moga diprmudhkn sgalan urusan mreka n dimurahkn rezeki aaminn.

"Masalah terputus bekalan makanan bukan perkara baharu bagi kami dan kadang-kala kami hanya berkongsi dua bungkus nasi bajet".

Tahan brkata2 sbb esok dah ramadhan
Quote zuliana29 22-3-2023 12:39 PM
semoga dipermudahkan urusan mereka.
xda maklumat no. act. utk sumbangan..
Quote shernazz 22-3-2023 02:01 PM
Kasi habis.la.potong rmabut anak.tu..
Jangan separuh je..kesian nengoknya..
Adoi..
Quote rain2169 22-3-2023 02:04 PM
ada info tak nombor accountnya....
Pleaseeee...
Quote ninja boy 22-3-2023 02:18 PM
Edited by ninja boy at 22-3-2023 02:21 PM

jangan lah tulis catu mknn ianya x seiring dgn saiz badan taw
Quote liyamariska 22-3-2023 02:20 PM
semoga dipermudahkan segala urusan utk keluarga ni...
Quote sayurmayur88 22-3-2023 03:00 PM
klu ada nombor hp blh gak kita pm minta no akaun nk menyumbang.
kesian tgk, lebih2 lagi kt anak2 tu..
semoga dpermudahkan bg mereka..
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:03 PM
Semoga di mudahkan urusan keluarga ini.
Quote Thunderclouds 22-3-2023 04:07 PM
shernazz replied at 22-3-2023 02:01 PM
Kasi habis.la.potong rmabut anak.tu..
Jangan separuh je..kesian nengoknya..
Adoi..

Xdan siap wat kerja wartawan dh sampei nk futushut
Quote shernazz 22-3-2023 04:26 PM
Thunderclouds replied at 22-3-2023 04:07 PM
Xdan siap wat kerja wartawan dh sampei nk futushut

Agaknya la TU..
Tengok si kakak dok tahan gelak TU..
Kesian adik ..baru nak clear rambut wartawan dah serbu...
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:09 PM
kesiannya. semoga dipermudahkan segala urusan & dimurahkan rezeki
Quote noor2 22-3-2023 06:11 PM
Cane nk contact???
Quote rosedemon 23-3-2023 10:14 AM
syiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote supernaturalee 23-3-2023 11:43 AM
shernazz replied at 22-3-2023 02:01 PM
Kasi habis.la.potong rmabut anak.tu..
Jangan separuh je..kesian nengoknya..
Adoi..

same thought here

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.358699 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top