KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang tidak dapat dipisahkan sekiranya berbicara mengenai kebajikan pemain. Sentiasa menjaga kebajikan pemain skuad JDT dilihat menjadi antara 'nadi' mengapa pasukan itu sentiasa berada pada tahap terbaik yang dibuktikan menerusi penguasaan dalam kancah domestik.
Namun tidak hanya kebajikan pemain skuad Harimau Selatan malah Tunku Ismail 'pergi' lebih daripada itu apabila turut mengambil berat terhadap pemain skuad Harimau Malaya. Skuad bimbingan Kim Pan Gon ketika ini menjalani kem latihan pusat di Johor Bahru bagi dua aksi persahabatan berdepan Turkmenistan dan Hong Kong. Selepas memberikan fasiliti untuk sesi latihan, Tunku Ismail menganjurkan makan malam buat keseluruhan skuad kebangsaan yang diadakan malam tadi. Perkembangan itu dikongsikan menerusi laman Johor Southern Tigers dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Tunku Ismail menerusi hantaran Facebooknya.
"Menjunjung kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas perkenan baginda menjemput barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam," kata FAM. Tindakan Tunku Ismail itu mendapat pujian daripada penyokong bola sepak tempatan dan ia dapat disaksikan menerusi laman komen di media sosial FAM. "Alhamdullilah terbaik Tuanku. More than manager," kata Putra Zulaked. A Alim Abu Bakar berkata 'memang terbaik TMJ melayan tetamu' manakala Syafiq Ikhwan berkata 'FAM patut berterima kasih kepada TMJ banyak beri sumbangan.' -CARI Sumber: Berita Harian
|
margo20 replied at 22-3-2023 11:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?
margo20 replied at 22-3-2023 11:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?
margo20 replied at 22-3-2023 03:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?
Decaffeinated replied at 22-3-2023 12:54 PM
Pawi tak join eh?
ADVERTISEMENT