CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Wajar Buka Kantin Kalau Pelajar Bukan Islam Tak Ramai

22-3-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5741| Komen: 21

Description: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, tiada masalah untuk kantin sekolah meneruskan operasi pada bulan Ramadan bagi menyantuni murid yang bukan Islam.Bagaimanapun, Setiausaha Agung P ...
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, tiada masalah untuk kantin sekolah meneruskan operasi pada bulan Ramadan bagi menyantuni murid yang bukan Islam.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa berkata, tidak wajar semua kantin sekolah dibuka dan beroperasi pada bulan Ramadan sekiranya sekolah berkenaan hanya mempunyai bilangan pelajar bukan Islam kurang daripada 10 peratus.



Gambar hiasan

Jelasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) harus menyerahkan keputusan untuk membuka kantin sekolah berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar.

Sekiranya kantin sekolah dibuka, pengusaha kantin perlu menanggung kos pengoperasian yang mana tidak boleh ditampung oleh nilai jualan yang diperoleh.

"Ini pun tetap membabitkan kos operasi yang tinggi dan pengusaha kantin perlu bijak mengurusnya," katanya dengan menambah jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan pengusaha kantin tidak mendapat pusingan modal.


Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kantin Bumiputera Johor Bahru, Mohd Fozi Tahir berpendapat cadangan untuk pengurusan sekolah meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan wajar diteruskan bagi sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Katanya, ramai pelajar berbangsa Cina, India dan lain-lain lagi di sekolah menengah dan SJK berbanding sekolah rendah.

"Oleh itu, tiada keperluan untuk membuka kantin bagi sekolah rendah kebangsaan kerana jumlah pelajar bukan Islam hanya sedikit," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-3-2023 02:44 PM
mujur zaman acit, macit kantin sanggup bukak kantin walau acit puasa. boleh beli cikedis hari2 buat bukak puasa.
Quote kitaserupaaa 22-3-2023 02:52 PM
Kantin & cafe opis masih buka sebab staff opis nak tapau juadah berbuka. Senang tak yah sesak2 beratur beli makanan kat bazar ramadhan
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:05 PM
Biarla buka,kalau pengusaha kantin rasa tak mau buka pandai2 la depa nak bincang dgn pihak sekolah.
Quote ardent91 22-3-2023 04:31 PM
ape ke bebal nyerlah Sit Normah Md desa ni..mak saper la ni kan.. kalo dah taw student non muslim x ramai, x yahla jual berbagai jenis makanan.. pandai2 la bajet buat 2-3 menu jer untuk target customer yg ckit tu... kalo bulan bukan puasa kantin sekolah sampai jual 20 jenis juadah, bila bulan puasa ni pandai2 la sendiri ejah ada 1 jenis minuman pastu 2-3 jenis makanan jer.. tu pown xleh nak pikiaq.. ceh!
Quote kotakbaju 22-3-2023 04:40 PM
Aku ingat zaman 90an dulu time sekolah rendah bila bulan posa kantin bukak cam biasa ja. Walaupun tak brapa kerat pelajar non muslim. Sebab apa aku ingat pasal time tu la ramai pulak kawan2 dok beli ais pop makan sorok2 dalam kelas haha. Sekali dengan aku join sama tambah pulak kelas kafa petang2 dengan panas liklik mau tak haus.
Quote cmf_PariS 22-3-2023 04:42 PM
aku dulu tk puasa pun mas asekolah rendah... dh besau aku puasa lah.. ap ake kisah budak pun... alahaiiii
Quote mehmet 22-3-2023 05:03 PM
Bayar sumbangan PiBG tak ini ?
Quote mehmet 22-3-2023 05:04 PM
Pandai2lah operator kantin congak apa boleh jual. Adalah rezeki buat operator kantin.
Quote renko 22-3-2023 05:56 PM
org yg sama meraung masa pkp
hahaha
Quote jihyomelly 22-3-2023 06:04 PM
teringat masa skolah menengah..skolah pompuan kantin bukak je..yg mana budak asrama bila petang pegi beli air botol dgn ais dekat aunty yg jual minuman..beli jajan utk bukak posa…yg melayu tak posa pandai2 la sendiri suruh la geng non muslim belikan
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:11 PM
tahnye. dengki betui yg kata xperlu  buka tu, buka ptg2 la. cikgu boleh bungkuih makanan
Quote Skuau 22-3-2023 08:34 PM
tgk keadaan la...berapa murid/pelajar non muslim NAK beli dan makan kat situ.sekolah dan pengusaha kantin boleh la bincang.....apa daa....
Quote Denco 22-3-2023 08:43 PM
Makcik normah dulu x sekolah ke? Taulah kantin tu nk jual byk mana, lorat betul makcik ni
Quote hashashes 22-3-2023 08:44 PM
Wow ketua makcik kantin peringkat tertinggi pun boleh tahan lembam ya
Quote jejaka_hensem 22-3-2023 09:38 PM
Kantin sekolah satu hal.
Kat ofis ni,boleh tengok la esok,dengan buat keje lambatnya dengan alasan berpuasa.
Acik,berpuasa tu bukan alasan utk kita bermalas-malasan tau.puasa tu ibadah,kerja pun ibadah jugak.
Berdosa tau hukum dia
Quote zjen 22-3-2023 09:48 PM
orang bukan Islam better pilih sekolah yg sesuai

kalau xde sekolah sesuai berdekatan,  home schooling jelah
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:52 PM
zjen replied at 22-3-2023 09:48 PM
orang bukan Islam better pilih sekolah yg sesuai

kalau xde sekolah sesuai berdekatan,  home schooli ...

Ujung-ujung ada hati nak hapuskan hak sekolah vernakular
Quote ipanimanz1 22-3-2023 10:35 PM
Baikla x payah buka. Dengan harga makanan mahal skrg ni. Xbalik modal. Penat ja yg dpt. Jualan ketika bulan xpuasa pun, untung dia ckup2 makan. Apatah lagi bulan puasa
Quote Perawankota 23-3-2023 02:04 AM
Zaman aku sekolah rendah mmg kantin bukak sebab darjah 1,2,3 ada jer yg beli food.. zaman sekolah menengah pon kantin bukak je, sebab student chinese + India lebih kurang sama byk dgn student Melayu.

Zaman sekarang ni patut lagi senang sebab ada geoup wasap mcm2.. boleh bajet kot berapa yg kuantiti food nk masak.. pastu mintak pendapat guru2 klu ada yg nak bungkus bawak balik utk berbuka..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top