Bercinta juga ada polisi bayaran balik. Kerana itulah seorang lelaki di India menerima wang pampasan berjumlah 25,000 rupee (RM1,354) selepas dicurangi kekasihnya. Newsd melaporkan, perkongsian di laman Twitter menunjukkan lelaki bernama Prateek Aaryan berkata, ganti rugi tersebut diterima hasil daripada perjanjian yang dibuat antara dia dan bekas teman wanitanya ketika mereka baru memulakan hubungan cinta.
“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354). “Ketika hubungan kami bermula, kami menyimpan wang sebanyak 500 rupee (RM27.70) setiap seorang pada setiap bulan yang didepositkan ke dalam sebuah akaun bank. “Kami membuat perjanjian bahawa sekiranya sesiapa antara kami yang berlaku curang di kemudian hari, pihak satu lagi boleh mengambil semua wang tabungan tersebut. Ia dinamakan ‘Dana Insurans Patah Hati’,” kata Prateek menerusi hantarannya.
Tambah Prateek, ramai wanita tidak mempercayai bahawa wang tabungan seperti itu memberi manfaat kepada sesebuah hubungan. “Tabung ini khas untuk mereka yang setia sahaja,” katanya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT