Orang sekeliling dan para pengikut terkejut apabila Alfred William Best, salah seorang pemuda terkaya di Britain mengucap dua kalimah syahadah. Alfred, 25, atau lebih dikenali sebagai Alfie Best Jr merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya dan tersohor, Alfie Best Sr yang mempunyai nilai kekayaan £700 juta, menurut Sunday Times Rich List.
Bapanya memiliki taman residensi terbesar di Eropah, Wyldecrest Parks. Empayarnya kini bernilai kira-kira £1.2 bilion dan dia tinggal di rumah agam bernilai £6 juta di Surrey. Alfie yang dilahirkan pada 22 Mei 1997 di Redbridge, London, baru-baru ini memutuskan menjadi seorang Muslim dengan cara yang cukup menarik dan alasannya memeluk Islam juga membuatkan orang ramai berasa kagum Beberapa bulan lalu, dia berkongsi gambar di dalam masjid dengan kapsyen: "Allah memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk."
Bercerita mengenai permulaan penghijrahannya, Alfie berkata ketika sedang bercuti dengan rakan-rakannya menaiki helikopter, ibu salah seorang daripada mereka mahu memeluk Islam . Semasa wanita itu ingin mengucapkan kalimah syahadah, mereka pergi ke masjid di London dan di situlah dia dapat merasakan terdapat kekuatan luar biasa besar sehingga mahu menerima Islam dalam hidupnya.
|
noor2 replied at 21-3-2023 06:49 PM
Suka sgt tgk kisah2 non muslim convert to muslim ni...
acik79 replied at 21-3-2023 07:09 PM
Ye kan? Hanya orang2 yang terpilih mendapat hidayah Allah.
hyie replied at 21-3-2023 09:36 PM
meols pernah tengok secara live kat masjid, orang africa ni dia convert masuk Islam. rupanya cuma me ...
" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)[2]
hyie replied at 21-3-2023 09:36 PM
meols pernah tengok secara live kat masjid, orang africa ni dia convert masuk Islam. rupanya cuma me ...
ADVERTISEMENT