Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi Selasa atas sebab yang tidak diketahui. Agensi Berita Yonhap melaporkan, setakat 9 pagi hari ini, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan ".kp", seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses. Punca sebenar masalah itu belum dapat disahkan. Pada Januari 2022, laman sesawang utama Korea Utara dilaporkan mengalami masalah yang sama yang disyaki disebabkan oleh serangan "penafian perkhidmatan" yang menyaksikan sambungan Internet Korea Utara terputus selama kira-kira enam jam. Sumber: BERNAMA |
ADVERTISEMENT