Bekas pengacara program Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri terharu dan bersyukur dipertemukan individu yang baik. Menerusi hantaran di Instagram, dia menceritakan dugaan dihadapinya baru-baru ini apabila kereta yang dipandu oleh suaminya pada waktu tersebut mempunyai masalah ketika dia perlu bergegas ke sebuah majlis di pasar raya di kawasan Subang. Susulan itu, Maria mengambil keputusan menggunakan perkhidmatan pengangkutan Grab, namun terpaksa berfikir mengenai idea lain berikutan sukar mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Katanya, dia menahan kereta Myvi dipandu seorang wanita dan meminta bantuannya untuk menghantar hingga ke Mydin.
|
ADVERTISEMENT