Tiada pilihan, demikian pengakuan rata-rata penunggang motosikal yang menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif bagi mengelak kesesakan. Mereka juga menganggap laluan itu sebagai jalan paling selamat berikutan terdapat beberapa lebuh raya yang tidak mempunyai laluan khas motosikal, sekali gus menyukarkan pergerakan mereka.
Seorang pekerja swasta, R. Morhaneraj, 34, berkata, ini adalah nasib sebagai penunggang motosikal dalam mengharungi kehidupan di Lembah Klang yang memerlukan bergerak pantas. “Mana-mana jalan di Lembah Klang semuanya sesak, hendak guna laluan biasa kadangkala ada pengguna kereta yang menukar laluan tanpa memberikan isyarat. “Jadi, penunggang motosikal sebenarnya berada dalam keadaan tiada pilihan. Lorong motosikal pun bukan semua lebuh raya ada,” katanya kepada Kosmo! semalam. Penunggang motosikal lain, Johari Ibrahim, 56, turut menegaskan, hanya lorong kiri atau lorong kecemasan sahaja boleh digunakan pada waktu puncak.
“Habis hendak lalu mana. Hak kami sebagai pengguna jalan raya bagaimana pula sebab semua laluan telah ‘dikuasai’ kenderaan lain. “Tiada siapa mahu kemalangan, jika individu yang memandu kereta ada pengalaman menunggang motosikal, sudah tentu mereka akan lebih simpati kepada golongan seperti kami,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
pp_gurl replied at 21-3-2023 05:36 PM
blm lagi rider mangkuk hayun yg masuk lane smart tag/rfid tu
bila palang bukak, dia lalu..
kesian ke ...
ADVERTISEMENT