Syamsul Yusof mendakwa Puteri Sarah Liyana curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Katanya sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya. "Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain," katanya kepada mStar Online. Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.
Dalam masa sama Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik. Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin. Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah. Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik. Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. -CARI
|
Manusiabesa replied at 21-3-2023 05:22 PM
Sol oi.. hg kata lah apa pun, apa yg kluaq dri mulut hg ni mmg lgsg xdk nilai dh. Di mata netizen, k ...
ADVERTISEMENT