Gombak: "Saya dan suami sudah didik anak sejak kecil, jadi mereka faham, tak meminta dan makan apa yang ada walaupun hidangkan ikan masin," kata ibu tujuh anak, Norzaidah Abdul Rahman. Norzaidah, 37, yang juga suri rumah dan mempunyai masalah benjolan kulit di seluruh badan kini bergantung hidup kepada suaminya, Che Wan Suhaimi Che Wan Salim, 43, yang bekerja sebagai pemandu van ambulans klinik kesihatan di Universiti Islam Antarabangsa, di sini.
Biarpun dikurniakan anak yang ramai namun Norzaidah tidak pernah berasa terbeban walaupun pendapatan bulanan suaminya hanya RM800. Dia juga bersyukur kerana dapat menetap di rumah pusaka yang menjadi tempatnya sekeluarga berteduh. "Alhamdulillah, anak semua sihat, yang sulung berusia 16 tahun manakala bongsu berumur lapan bulan. "Mereka sudah biasa jalani hidup sederhana dan tak pernah sekali pun merungut atau minta sesuatu di luar kemampuan.
"Buka puasa pun selalunya di rumah saja yang mana saya masak untuk mereka. Ada rezeki lebih, baru beli makanan di bazar Ramadan, itu pun tunggu suami dapat gaji," katanya ketika ditemui di Program Simbolik Bantuan Ramadan dan Hari Raya di Dewan Kolej Vokasional Gombak, di sini, hari ini. Program itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini yang dihadiri 150 asnaf serta fakir miskin. Mengenai penyakit kulitnya, Norzaidah berkata, ia berpunca akibat masalah genetik kerana ibu dan tiga adik-beradiknya juga mengalami masalah sama. Bagaimanapun Norzaidah tidak berasa rendah diri sebaliknya menerima kekurangan diri dengan lapang dada. "Sejak lahir lagi saya ada masalah kulit, jadi tiada apa yang nak disedihkan. Lagipun ada ahli keluarga lain juga begitu dan saya anggap ini semua ketentuan. "Syukur anak semuanya normal malah setakat ini, saya tidak pernah lagi dihina atau dicemuh orang sekeliling "Doktor pernah syorkan buat pembedahan tetapi saya belum fikir ke arah itu dan selesa begini," katanya yang turut bergantung dengan bantuan RM700 sumbangan Lembaga Zakat Selangor kepada suaminya yang diterima sejak lebih 10 tahun lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
hasniey replied at 21-3-2023 08:30 AM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke
hasniey replied at 21-3-2023 04:30 PM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke
jas7512 replied at 21-3-2023 04:38 PM
Dah rahu semikin..knp beranak ramai...x reti control lu ounya bebird maa
hasniey replied at 21-3-2023 04:30 PM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:35 PM
Akak suka attitude yang buat pis tu. Taktala adik beradik lain, muka/mata macam exhausted dengan keh ...
ADVERTISEMENT