Bukan saja bahan khayal seperti ganja dan daun ketum dijual di aplikasi e-dagang, malah individu gila seks juga boleh melampiaskan nafsu dengan mendapatkan pelbagai jenis alat perangsang dan ubat kuat di aplikasi tersebut.
Pistol angin dan ubat terlarang juga ada dijual secara online. Padahnya pembelian dadah yang mudah secara online mengakibatkan pihak tertentu menghantar ganja kepada dua pemimpin politik baru-baru ini. Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Samrin, 36, berkata, terdapat cara yang boleh digunakan untuk membeli barangan itu terutamanya daun ketum tetapi pelanggan perlu mencari kod rahsianya terlebih dahulu. Katanya, penjual tidak meletakkan nama daun ketum atau ganja kerana ia akan menyebabkan akaun mereka dihalang selain berisiko ditangkap.
“Antara kata kunci yang digunakan termasuk ‘teh herba hijau’, ‘super green kratum special’, ‘teh hijau perkasa’ dan ‘serbuk power teh hijau’. “Trend itu menjadi popular ketika kerajaan mengaktifkan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 dan ramai penagih air ketum buntu di mana hendak mendapatkan bekalan ketika itu,” katanya kepada Kosmo! Ahad. Menurut Samrin, rangkaian antara penagih kemudian menyebarkan maklumat tersebut dan ketika itulah dia tidak lagi risau kerana bekalan daun ketum boleh dibeli secara online. Tambahnya, bagi ketum, pengedar akan menjual dalam bentuk serbuk seperti teh dan hanya perlu dicampur dengan air panas untuk menikmatinya. “Selain serbuk ketum, pengedar turut menjual ekstrak ganja atau perisa ganja yang digunakan pada vape yang begitu popular dalam kalangan pelajar sekolah. Mungkin sehingga sekarang pun mereka ada menggunakannya,” katanya. Ujar Samrin, bagi ganja, kata kunci yang digunakan termasuk ‘happy green’ atau ‘weednesday special’ dan lain-lain yang sering ditukar bagi mengelakkan dipantau oleh pihak pengendali aplikasi dan pihak berkuasa. Katanya, penjual akan sentiasa menukar kod rahsia tersebut dalam tempoh tertentu selepas barangan jualannya dikesan atau disekat. “Saya risau mengenai keadaan ini kerana walaupun saya sendiri meminum air ketum tetapi ia hanya untuk saya. Cuba bayangkan ia melibatkan pelajar sekolah dan sudah tentu masa depan mereka akan hancur kerana begitu mudah untuk mendapatkan bekalan,” katanya. Sementara itu, seorang penjual di aplikasi e-dagang yang ingin dikenali sebagai Firdaus, 40, berkata, jualan barangan terlarang itu kini sudah merebak ke aplikasi lain yang popular dengan jualan langsung yang mempunyai pengikut begitu ramai. “Ia lebih terbuka kerana kebanyakannya adalah berkenaan dengan barangan ubat kuat terlarang, pistol angin berbahaya serta permainan seks. Laman itu lubuk kepada barang-barang jualan seperti ini. “Walaupun pihak mereka memberi amaran dan syarat khas kepada para penjual, tetapi penjual-penjual ini pandai mengaburi pihak berkuasa dengan menjual barangan terlarang ini menggunakan kod-kod atau kata kunci berlainan,” katanya. Menurut Firdaus, apa yang membimbangkan ialah laman itu dirasakan lebih bebas dan mudah untuk mendapatkan barangan terlarang dan tiruan. Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:16 PM
Wah...Like that ah.
Akak takut tau mengajar budak2 sekolah yang makan dadah. Memang lain level la d ...
sharlenetexas replied at 21-3-2023 09:51 PM
Kat sabah ada yg mengetum gak ke?
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:16 PM
Wah...Like that ah.
Akak takut tau mengajar budak2 sekolah yang makan dadah. Memang lain level la d ...
sharlenetexas replied at 21-3-2023 01:51 PM
Kat sabah ada yg mengetum gak ke?
ultra78 replied at 21-3-2023 04:53 PM
Kat shopee ada jual daun ketum..tapi pakai nama lain.
dua_chzy replied at 22-3-2023 01:45 AM
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. I ...
dua_chzy replied at 22-3-2023 01:45 AM
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. I ...
fazzrules replied at 22-3-2023 10:13 PM
Skrg muda mudi sabahan mengetum jua sis..tuk tambah tenaga..kalau ketum piyor teda tambahan ok lah ...
VirginLady replied at 21-3-2023 08:12 PM
aku nak cari ubat perangsanglah..apa kata kunci dia
nak code puhlishh
dua_chzy replied at 22-3-2023 01:45 AM
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. I ...
safieyah1984 replied at 23-3-2023 03:31 AM
mcm mana diorang leh minum air ketum yg pekat likat mcm tu ye, iollss dului rendam daun dalam air ...
dua_chzy replied at 23-3-2023 11:52 AM
Tak pernah aiols minum yang pekat likat. Aiol minum yang direbus lite1 jadik macam teh Cina saja r ...
safieyah1984 replied at 23-3-2023 03:55 AM
u x rasa pahit ke i rasa pahit sangat, yg iolss minum pekat likat tu jiran iollsss beli kat pasara ...
dua_chzy replied at 23-3-2023 02:27 PM
Tak pahit. Sebab aiols memang suka juga kot makan benda pahit macam peria, etc so idok la pahit sa ...
ADVERTISEMENT