CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Basikal Buluh Buatan Sarawak Akan Dieksport Ke China Tahun Ini

21-3-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1833| Komen: 8

Description: Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet memaklumkan basikal buluh buatan Sarawak dijangka menembusi pasaran China tahun ini.Beliau berkata, Pusaka akan ...
Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet memaklumkan basikal buluh buatan Sarawak dijangka menembusi pasaran China tahun ini.

Beliau berkata, Pusaka akan membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MOA ) dengan syarikat China, Brook & Breeze manakala anak syarikat Pusaka akan diberi tanggungjawab mengeluarkan basikal buluh secara komersial bagi pasaran eksport ke Shanghai, China.



BASIKAL buluh buatan Sarawak. FOTO Arkib NSTP

"Pada masa ini syarikat Brook & Breeze sudah mengeluarkan basikal buluh di pasaran China sejak 10 tahun lepas namun mereka tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka.

Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak, katanya.

Hashim berkata, Brook & Breeze akan menentukan bilangan basikal buluh yang perlu dihasilkan untuk dieksport ke sana dengan harga dianggarkan US$3,000 (RM13,457.39) seunit berbanding US$4,000 (RM17,943.19)seunit yang dipasarkan syarikat itu pada masa ini.

Beliau berkata, buat masa ini kompleks itu menjadi premis untuk pembuatan basikal berkenaan dan mampu mengeluarkan 50 unit sebulan.

Susulan perancangan untuk mengeksport ke negara tembok besar itu, kapasiti pengeluaran basikal buluh akan dipertingkatkan lagi, katanya.

"Ini (pencapaian mengeluarkan basikal buluh untuk eksport) juga seiring dengan sambutan 50 tahun Pusaka (tahun ini)," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 21-3-2023 03:16 PM
13k??? Buluhnya hanya kat bakul depan tu??
Quote supernaturalee 21-3-2023 03:26 PM
https://www.youtube.com/shorts/FbBfP64McUU
Quote dua_chzy 21-3-2023 03:29 PM
Belibis replied at 21-3-2023 07:16 AM
13k??? Buluhnya hanya kat bakul depan tu??

Dah kero ke mata? Bukankah badan basikal tu diperbuat dari buluh? Bakul depan tu nampak macam wood pallete.
Quote dua_chzy 21-3-2023 03:32 PM
Kot nak DIY boleh la blaja;

[youtube]https://bamboobicycleclub.org/[/youtube]
Quote intan244 21-3-2023 08:03 PM
kreatifnya. harapnya tahan lasak lah.
Quote Skuau 21-3-2023 08:42 PM
kalo nak..exzosnya pakai buluh jugak pun...boleh...
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2023 09:05 PM
Skuau replied at 21-3-2023 08:42 PM
kalo nak..exzosnya pakai buluh jugak pun...boleh...

Nak kasi tak bunyi pun boleh

[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote kaedahnya 21-3-2023 11:03 PM
tak nak masuk semenanjung ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.435718 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top