View: 3612|Reply: 22
|
Ganja Dan Alat Perangsang Dijual Online Guna Kod Rahsia, Budak Sekolah Pun Boleh Beli!
[Copy link]
|
|
Bukan saja bahan khayal seperti ganja dan daun ketum dijual di aplikasi e-dagang, malah individu gila seks juga boleh melampiaskan nafsu dengan mendapatkan pelbagai jenis alat perangsang dan ubat kuat di aplikasi tersebut.
Pistol angin dan ubat terlarang juga ada dijual secara online.
Antara produk serbuk daun ketum yang dijual menggunakan nama lain di aplikasi e-dagang.
Padahnya pembelian dadah yang mudah secara online mengakibatkan pihak tertentu menghantar ganja kepada dua pemimpin politik baru-baru ini.
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Samrin, 36, berkata, terdapat cara yang boleh digunakan untuk membeli barangan itu terutamanya daun ketum tetapi pelanggan perlu mencari kod rahsianya terlebih dahulu.
Katanya, penjual tidak meletakkan nama daun ketum atau ganja kerana ia akan menyebabkan akaun mereka dihalang selain berisiko ditangkap.
“Antara kata kunci yang digunakan termasuk ‘teh herba hijau’, ‘super green kratum special’, ‘teh hijau perkasa’ dan ‘serbuk power teh hijau’.
“Trend itu menjadi popular ketika kerajaan mengaktifkan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 dan ramai penagih air ketum buntu di mana hendak mendapatkan bekalan ketika itu,” katanya kepada Kosmo! Ahad.
Menurut Samrin, rangkaian antara penagih kemudian menyebarkan maklumat tersebut dan ketika itulah dia tidak lagi risau kerana bekalan daun ketum boleh dibeli secara online.
Tambahnya, bagi ketum, pengedar akan menjual dalam bentuk serbuk seperti teh dan hanya perlu dicampur dengan air panas untuk menikmatinya.
Bahan khayal dijual secara meluas menggunakan kata kunci di aplikasi e-dagang hingga menyukarkan pihak berkuasa membuat pemantauan.
“Selain serbuk ketum, pengedar turut menjual ekstrak ganja atau perisa ganja yang digunakan pada vape yang begitu popular dalam kalangan pelajar sekolah. Mungkin sehingga sekarang pun mereka ada menggunakannya,” katanya.
Ujar Samrin, bagi ganja, kata kunci yang digunakan termasuk ‘happy green’ atau ‘weednesday special’ dan lain-lain yang sering ditukar bagi mengelakkan dipantau oleh pihak pengendali aplikasi dan pihak berkuasa.
Katanya, penjual akan sentiasa menukar kod rahsia tersebut dalam tempoh tertentu selepas barangan jualannya dikesan atau disekat.
“Saya risau mengenai keadaan ini kerana walaupun saya sendiri meminum air ketum tetapi ia hanya untuk saya. Cuba bayangkan ia melibatkan pelajar sekolah dan sudah tentu masa depan mereka akan hancur kerana begitu mudah untuk mendapatkan bekalan,” katanya.
Sementara itu, seorang penjual di aplikasi e-dagang yang ingin dikenali sebagai Firdaus, 40, berkata, jualan barangan terlarang itu kini sudah merebak ke aplikasi lain yang popular dengan jualan langsung yang mempunyai pengikut begitu ramai.
“Ia lebih terbuka kerana kebanyakannya adalah berkenaan dengan barangan ubat kuat terlarang, pistol angin berbahaya serta permainan seks. Laman itu lubuk kepada barang-barang jualan seperti ini.
“Walaupun pihak mereka memberi amaran dan syarat khas kepada para penjual, tetapi penjual-penjual ini pandai mengaburi pihak berkuasa dengan menjual barangan terlarang ini menggunakan kod-kod atau kata kunci berlainan,” katanya.
Menurut Firdaus, apa yang membimbangkan ialah laman itu dirasakan lebih bebas dan mudah untuk mendapatkan barangan terlarang dan tiruan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Wah...Like that ah.
Akak takut tau mengajar budak2 sekolah yang makan dadah. Memang lain level la dia tengok dan layan ko macam sampah sarap ja. Nakal camna pun seorang pelajar, kalau tak makan dadah, masih dengar cakap bila kita cakap baik2 dengan dia. Tapi kalau dah jadik taik dadah, gone case dah. AADK dan polis saja yang boleh handle. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bila ingat balik pengalaman, sebenarnya ikut pelajar tu juga la. Baru teringat tak semua pelajar yang makan dadah camtu. Sebab ex student akak ada sorang dulu weols syak makan syabu tapi still ok tak cari pasal dengan akak. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cari ubat perangsanglah..apa kata kunci dia
nak code puhlishh |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:16 PM
Wah...Like that ah.
Akak takut tau mengajar budak2 sekolah yang makan dadah. Memang lain level la d ...
Kat sabah ada yg mengetum gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-3-2023 09:51 PM
Kat sabah ada yg mengetum gak ke?
Kat sabah banyak membatu.
Teringat sekali nampak orang hisap batu siang2 hari, lepas hisap boleh nye dia kencing belakang kedai orang. Menyusahkan orang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat shopee ada jual daun ketum..tapi pakai nama lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain membatu yg isap gam pun ramai kan kaka. ada pernah tengok video budak2 dok bawak plastik isap gam. Tu yg bila dah remaja upgrade ke membatu pula agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 21-3-2023 06:02 PM
sharlenetexas replied at 21-3-2023 01:51 PM
Kat sabah ada yg mengetum gak ke?
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. Import dari Pelipina. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 21-3-2023 04:53 PM
Kat shopee ada jual daun ketum..tapi pakai nama lain.
Berani oi... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-3-2023 01:45 AM
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. I ...
Mcm kt sinilah pil kuda xde kaki dapat dr siam.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-3-2023 01:45 AM
Sini makan syabu terus sis. Atau ganja. Ketum popular di kalangan orang tua. Syabu senang dapat. I ...
Skrg muda mudi sabahan mengetum jua sis..tuk tambah tenaga..kalau ketum piyor teda tambahan ok lah..ada seja bejualan d kg2 area pantai barat ni lbh kurg rm25 sebotol 1 5l botol sasa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
fazzrules replied at 22-3-2023 10:13 PM
Skrg muda mudi sabahan mengetum jua sis..tuk tambah tenaga..kalau ketum piyor teda tambahan ok lah ...
Iya memang ada yang jual tu ketum pyior. Bukan ni ketum urang2 umur 30 ke atas saja pandai minum? Remaja dan belia 20an pun pandai rupanya? |
|
|
|
|
|
|
|
ubat peransang tu untuk apa nok? untuk bg ada nafsu ke mcm mana
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana diorang leh minum air ketum yg pekat likat mcm tu ye, iollss dului rendam daun dalam air pot dah terasa pahit dia sampai ke hulu hati, pastu pernah lah ghasa air ketum yg dah siap bancuh kat umah jiran iolss mak oiiii pahit nak mati dia sama level mcm manjakani pahit tambah kelat nak muntak iolsss minum air sirap pon still ke hulu pahit dia x hilang, kalo sedap ioollss faham lah tp maid iollss ada minum kemain rajin dia kemas rumah katanya bertenaga lain macam puan adoiii
|
|
|
|
|
|
|
|
safieyah1984 replied at 23-3-2023 03:31 AM
mcm mana diorang leh minum air ketum yg pekat likat mcm tu ye, iollss dului rendam daun dalam air ...
Tak pernah aiols minum yang pekat likat. Aiol minum yang direbus lite1 jadik macam teh Cina saja rasanya sis... |
|
|
|
|
|
|
|
u x rasa pahit ke i rasa pahit sangat, yg iolss minum pekat likat tu jiran iollsss beli kat pasaran gelap tah apa yg ditambahkan tah, tp lepas minum mmg bertenaga semacam, iollss minum seteguk jek tu pon xleh terima tekak nasib x muntah,
|
|
|
|
|
|
|
|
safieyah1984 replied at 23-3-2023 03:55 AM
u x rasa pahit ke i rasa pahit sangat, yg iolss minum pekat likat tu jiran iollsss beli kat pasara ...
Tak pahit. Sebab aiols memang suka juga kot makan benda pahit macam peria, etc so idok la pahit sangat ketum tu bagi aiol. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat u org ckp benda pahit2 ni ubat, i pulak x suka manis x suka pahit, dulu ada try minum manjakani mak oiii dia tangkap sampai kepala mmg xleh nak masuk
kalo ketum ni pahit dia mmg pahit lah iolss x suka, xpelah kang kalo tersuka jadi lain pulak mau iolss jadi penagih ketum pulak hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|