CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Salahnya Belajar Kebaikan Singapura!

1-10-2015 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8472| Komen: 54



Oleh : TS LOO

   

sumber foto : http://nainatourism.com/     

 

 sumber foto : http://i.telegraph.co.uk/



Majoriti masyarakat di dunia ingin melihat negara sendiri menjadi sebuah negara maju khususnya negara-negara miskin dan negara yang sedang membangun. Malaysia juga tidak terkecuali. 


Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi hala tuju utama untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.



sumber foto : http://images.nationalgeographic.com/

Antara negara maju yang paling dekat dengan Malaysia ialah Singapura. Jika dilihat dari sudut geografi dan persekitaran di sana, ianya tidak jauh keadaannya dengan Malaysia. Sejarah menunjukkan Singapura juga dahulunya adalah merupakan sebahagian Malaysia sebelum keluar membentuk negara sendiri.


Banyak faktor yang membuat Singapura menjadi sebuah negara maju berbanding Malaysia. 


Antaranya ialah keadaan majoriti tandas di Singapura. Tandas di sana dapat kita lihat sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mesra pengguna. Perkara ini jauh sama sekali keadaannya dengan tandas di Malaysia.


sumber foto : http://listverse.com/

Tandas di Malaysia kebanyakannya kotor dan pengguna awam sendiri tidak menghargai tandas-tandas yang disediakan. Kebanyakan pintu tandas juga diconteng dan dinding-dinding tandas dicalarkan. 



Memang tidak dinafikan sesetengah tandas di Malaysia keadaannya bersih dan selesa akan tetapi ia masih belum cukup memuaskan untuk diletakkan dalam status negara maju. Jika tempat kita membuang najis juga tidak dapat diurus dengan baik, apatah lagi jika ingin mentadbir sebuah negara yang lebih besar.


sumber foto : http://yourhealth.asiaone.com/

Kerajaan sering melaungkan pembudayaan minda kelas pertama kepada rakyat, akan tetapi adakah budaya ini benar-benar diamalkan. Lihat sahaja keadaan di Singapura, apabila ada sahaja orang tua dan orang kurang upaya di dalam kereta api, terus sahaja penumpang yang duduk terus bangun dan diberi tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan. Apabila menunggu bas dan kereta api, majoriti rakyat Singapura akan beratur dengan baik sebelum menaikinya.


sumber foto : http://www.todayonline.com/

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia. Penumpang di Malaysia kebanyakannya berebut-rebut naik tanpa beratur dan ada yang tidak malu memotong orang lain tanpa segan silu. Cukup berbeza dengan negara maju seperti Singapura, majoriti rakyatnya amat berdisiplin dan hormat pada orang lain.


Kesesakan lalu lintas juga bukan masalah besar yang dihadapi di Singapura. Bagi negara Malaysia, kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan petang di hari kerja menjadi satu masalah yang amat besar dan tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. 

sumber foto : https://upload.wikimedia.org/

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan lalu lintas kurang sesak dan lancar di Singapura. Antaranya ialah majoriti rakyat memilih untuk menaiki pengangkutan awam kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang diberikan adalah amat baik. Struktur jalan di sana juga amat baik dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas dapat dielakkan.



Daripada sudut undang-undang dan pengadilan, pihak PDRM wajar menjadikan Singapura sebagai negara contoh dalam pengawalan undang-undang. Denda dan undang-undang yang ketat membuatkan orang ramai takut untuk melakukan kesalahan di sana. Contohnya kesalahan menconteng di Singapura boleh menyebabkan seseorang itu di denda sebanyak $2,000 (RM 4,800), atau lebih tiga tahun penjara selain tambahan tiga hingga lapan sebatan.


sumber foto : http://transport.asiaone.com/

Begitulah ketatnya undang-undang di sana sehingga orang ramai tidak berani berbuat kesalahan di sana dan Singapura sering mendapat pujian sebagai bandar yang bersih dan selamat dalam kalangan pelancong yang melawat ke sana.



Apabila undang-undang di Malaysia diperketat dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan, tidak mustahil Malaysia juga boleh menjadi negara maju seperti Singapura.


Tidak dinafikan Singapura juga mempunyai banyak kelemahan akan tetapi kelebihan yang ada di Singapura wajar kita contohi bagi menambah baik keadaan yang ada di negara Malaysia.


Pemimpin atasan dan masyarakat seharusnya memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan bagi memajukan negara Malaysia dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

15

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 1-10-2015 05:02 PM
kalau baik boleh juga Pandang Ke Singapore....
Quote witwit 1-10-2015 05:14 PM
Kerajaan Malaysia harus belajar Singapore.
hampuskan rasuah and jangan main isu perkauman untuk mempertahankan jawatan-jawatan.
Quote spiderman80 1-10-2015 05:16 PM
Tak berani nak komen, nanti ada orang cakap 'Kalu tak suka Malaysia, lu boleh blah ke Singapork'


Quote MeghanK 1-10-2015 05:19 PM
spiderman80 replied at 1-10-2015 05:16 PM
Tak berani nak komen, nanti ada orang cakap 'Kalu tak suka Malaysia, lu boleh blah ke Singapork'

...

adakah TS Loo ini spidey
Quote spiderman80 1-10-2015 05:20 PM
MeghanK replied at 1-10-2015 05:19 PM
adakah TS Loo ini spidey

Banyak masa lah Spidey nak jadi wartawan. Kerja di kilang pun tak habis-habis.
Quote tagas 1-10-2015 05:25 PM
Selagi ramai melayu sakai

Selagi ramai cina bukit

Selagi ramai india pariah

Selagi tu mesia susah nak maju
Quote spiderman80 1-10-2015 05:27 PM
tagas replied at 1-10-2015 05:25 PM
Selagi ramai melayu sakai

Selagi ramai cina bukit

Warga Abangla, Nepal, Myanmar, Indon, Nigar dll nak letak mana?
Quote cinamedun 1-10-2015 05:29 PM
sabah arawak lepas dari malaysia juga akan jadi maju cem singapore gan
Quote kenarikelabu 1-10-2015 05:31 PM
Dah Malaysia ni dok tampung segala2 jenis bangsa....semua nk bertapak kt sini. Menteri plak dok pikir tembolok sendri je. Mmg jd serabai la sampai ke sudah....
Quote slavehunter 1-10-2015 05:36 PM
I memang tabik  naik taxi kat Singapore...sangat professional.....
Quote lostnfaun 1-10-2015 05:36 PM
KL dgn singapore bole kira sama maju tak?
Quote harmerz01 1-10-2015 05:38 PM
Sebenarnya 3 ke 4 tahun kebelakangan ni memang negara kita menjadikan singapura sebagai sebahagian rujukan kita. Kita telah hantar beberapa wakil untuk mengkaji sistem yang digunapakai disana.
Quote AHMADVW 1-10-2015 05:40 PM
selagi ade umno selagi tu malaysia mundur 30 tahun kebelakang
Quote rospinki 1-10-2015 05:41 PM
ego tinggi sgt kadang tu yg lama2 dah jadi bodo baru tehegeh2 nk belajar kt jiran tetangga yg bagus utk dijadikan rujukan...isk2
Quote AHMADVW 1-10-2015 05:49 PM

singapura ade PAP
malaysia ade umno parti perasuah tegar
Quote uniq61 1-10-2015 05:49 PM
HA HA HA KELAKAR LAH..LAWAK SUNGGUH..
ORANG SINGAPORK RAMAI NAK LARI KE MALAYSIA....
LAGI SATU LEE KWAN YU DULU PUN TAHU PERANGAI ORG CINA KAUM DIA NI PAYAH NAK DIDISIPLIN SEBAB MEREKA NI DARI KETURUNAN KULI ATAU SENANG CERITA KETURUNAN DAN MACAI YAP AH LOY...SEBAB TU LEE KWAN YU KENA STRICK DENGAN BANGSANYA SENDIRI..

KITA BOLEH LIHAT CONTOH CINA KAT MALAYSIA NI JE PUN DAH CUKUP...YANG SUKA LANGGAR UNDANG UNDANG SIAPA? PERAS UGUT SIAPA? BERAK MERATA..SIAPA? PENGOTOR TU SIAPA? SENDIRI PIKIRLAH..

LEPAS TU DATANG LAK PERAUK ATAU MAT INDON ABANGLA DAN LAIN LAIN...AWANG HITAM LAST SEKALI...
KENAPA MEREKA SUKA DATANG KE MALAYSIA KALAU SINGAPORK TU BAGUS DAN MAJU?
Quote ellejo 1-10-2015 05:53 PM
tak salah nak belajar kebaikan dr mana2 negara pun.
belajar bukan bermakna menjadi singapura kedua hokeh

Quote Munah_Sparta 1-10-2015 05:53 PM
Edited by Munah_Sparta at 1-10-2015 06:16 PM

hal ni tadak kena mngena pon dengan bangsa, agama or parti apa2 yg mmerintah..ia bergantung pada sikap, mentaliti masing2 lah.. klau jenis pengotoq tiada sikap toleransi etc, mmg itulah terjadi..
Quote Themilo 1-10-2015 06:00 PM
Ummah singapork pun stress dengan ummah PRC, bangla, pinoy & india sis

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top