CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Adakah Bumi Akan Bersaing Dengan Dunia Lain?

1-10-2015 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11397| Komen: 28|Original author: CARI-IIN

Description: Siapa yang sanggup untuk menjadi testimoni tinggal di planet ini?
Oleh Izzah Abbasy

Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, NASA telah mengesahkan penemuan aliran air di Planet Marikh pada Isnin, 28 September 2015.


Ini sekaligus memberi harapan kemungkinan wujud hidupan lain yang tinggal di situ.

Namun, penemuan air yang mengalir di planet Marikh baru-baru ini pasti timbul tanda tanya. Adakah kita sudah hampir dengan hari kiamat atau sebaliknya?

Ada juga yang membuat sindiran bahawa manusia yang tidak ingin tinggal di bumi kerana tidak boleh melalui masalah politik, ekonomi dan sebagainya bolehlah pindah ke Marikh.

Sejarah Marikh


Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria.

Pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (Tanah Arab) kerana mempunyai kawasan yang lebih cerah berselimuti dengan debu dan pasir kemerahan.

Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi)

Persamaan Marikh dan Bumi


  • Kawasan berdebu dan berpasir
  • Kutub air beku dan karbon dioksida
  • Gunung berapi tidak aktif
  • Mempunyai lembah terbesar
  • Keluasan daratan


Namun, persoalannya NASA masih tidak boleh menjelaskan dari mana air itu datang. Mereka hanya memberi teori berkemungkinan punca dari ais yang mencair atau mata air dari bawah tanah.



Walaupun permukaan Marikh ini amat sejuk, namun di kawasan garisan Khatulistiwa yang menerima cahaya matahari lebih banyak berbanding kawasan lain, tidak memungkinkan ais wujud di permukaan. Maka, jika tiada ais, maka air tak mungkin terhasil.

Terdahulu para saintis mengesahkan air pernah berlaku sehingga membanjiri permukaan Marikh sebelum atmosfera planet itu menjadi terlalu panas untuk membolehkannya terus mengekalkan air di permukaan. Mungkin juga air yang muncul ini mengikut perubahan musim dari semasa ke semasa.

Jadi, Bumi tidak perlu rasa terancam kerana penyelidikan tentang kehidupan di Planet Marikh masih belum mendapat 'cerita' yang sahih.  


Untuk menjawab segala persoalan di benak fikiran, eloklah kiranya beberapa manusia yang sanggup untuk menjadi testimoni tinggal di sana untuk beberapa minggu mahupun bulan. Barulah pelbagai persoalan terjawab. Buat masa ini robot-robot yang disediakan di permukaan Marikh tidak dapat merasai seperti kita. Kemungkinan besar robot sahaja boleh tinggal di sana. - CARI Infonet

26

Bagus
14

Marah
21

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gbam 1-10-2015 12:12 PM
What I thought was odd about this announcement about water on Mars is that they choose to make it at the same week a movie about Mars is being released called The Martian. Also I have seen online that NASA had a hand in making the movie as real as possible.
Quote AbukRokok 1-10-2015 12:18 PM
selama ni bukan marikh ada ais beku kutub ka?

fefeeling eureka sgt jumpa air kt marikh.
Quote nolya 1-10-2015 12:24 PM
Sekalipun ada air di planet Mars, adalah air tersebut selamat digunaan untuk aktiviti kehidupan.  Adakah air tersebut tidak acidic, menjadi alahan kpd kulit manusia.  Mereka yg nak pindah ke planet Mars boleh je jadi the pioneers tapi nak naik pesawat atau roket apa?
Quote lorelai 1-10-2015 12:33 PM
Maksud artikel tu evidence of kewujudan air ..life on mars is feasible lah
Quote Simunggu 1-10-2015 12:38 PM
air mazi yg mereka nampak barangkali...hahahahaha
Quote kenarikelabu 1-10-2015 12:40 PM
Kalau betul leh tinggal kat sanun, mesti dah nmpk ada tumbu2han atau koman2 binatang cam alien seketul dua..
Quote uniq61 1-10-2015 02:40 PM
SAINTIS AMBIL CONTOH TANAH DAN AKAN CUBA UNTUK MENANAM POKOK. KALAU POKOK BERJAYA HIDUP PADA TANAH ITU DALAM GREENHOUSE..BERKEMUNGKINAN MEREKA BOLEH TANAM POKOK DI PLANET TERSEBUT KERANA KITA DAPAT OKSIJEN DARI POKOK POKOK NI DAN POKOK PERLU HIDUP DISAMPING MANUSIA ATAU HIDUPAN LAIN.
Quote green~tea 1-10-2015 04:11 PM
Air tu dpt mengalir sbb brine kan (salt solution).. Sbb tu tak membeku walau temp di bawah paras beku...

We should think how do we save the earth & stop destroying it, vs explore planet lain & try to make colony?
Quote the_killer 1-10-2015 04:13 PM
uniq61 replied at 1-10-2015 02:40 PM
SAINTIS AMBIL CONTOH TANAH DAN AKAN CUBA UNTUK MENANAM POKOK. KALAU POKOK BERJAYA HIDUP PADA TANAH I ...

Menurut Menteri Indon


Oksigen berasal dari Indon...sebelum nak tanam pokok untuk oksigen...perlu kelulusan empunyanya iaitu INDONESIA  
Quote spiderman80 1-10-2015 04:17 PM
Dulu pernah tengok sebuah filem Hollywood. Pompuan planet Marikh ada tiga tetek.
Quote MeghanK 1-10-2015 04:18 PM
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:17 PM
Dulu pernah tengok sebuah filem Hollywood. Pompuan planet Marikh ada tiga tetek.

wartawan cari dah start submit keje sekolah dah..menderu2 thread di bukak
Quote spiderman80 1-10-2015 04:20 PM
MeghanK replied at 1-10-2015 04:18 PM
wartawan cari dah start submit keje sekolah dah..menderu2 thread di bukak

Mesti Wartawan Cari dibayar gaji berdasarkan jumlah thread yang dibuka.
Quote famri7 1-10-2015 04:22 PM
Haruslah marikh menang sis...bumi dah kertu nk kiamat dah.
Quote AbukRokok 1-10-2015 04:26 PM
bumi perlu diberi keistimewaan hak bumiputera
Quote AbukRokok 1-10-2015 04:28 PM
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:17 PM
Dulu pernah tengok sebuah filem Hollywood. Pompuan planet Marikh ada tiga tetek.

juling ke normal ?
Quote AbukRokok 1-10-2015 04:29 PM
nolya replied at 1-10-2015 12:24 PM
Sekalipun ada air di planet Mars, adalah air tersebut selamat digunaan untuk aktiviti kehidupan.  Ad ...

air mustakmal ke air anugerah?
Quote MeghanK 1-10-2015 04:31 PM
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:20 PM
Mesti Wartawan Cari dibayar gaji berdasarkan jumlah thread yang dibuka.

mungkin berdasarkan posting komen
Quote spiderman80 1-10-2015 04:34 PM
MeghanK replied at 1-10-2015 04:31 PM
mungkin berdasarkan posting komen

Mungkin juga. Hihi...
Quote spiderman80 1-10-2015 04:34 PM
AbukRokok replied at 1-10-2015 04:28 PM
juling ke normal ?

Tak normal bro.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.125626 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top