CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baca Al Quran Sangat Digalak,Yang Tak Boleh Galak Membaca Dengan Kuat

2-10-2015 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 8692| Komen: 38

Description: Ingatlah, sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang mempelajari Al- Quran dan yang mengajarkannya.
Oleh Fyruz Hanna


Berhubung isu panas di Pulau Pinang yang mana larangan untuk menggunakan pembesar suara di luar masjid akan diwartakan, ia sememangnya menyentuh sensitiviti bangsa melayu kerana berkaitan dengan agama rasmi Islam.

Ramai yang mempolitikkan isu ini dan tak kurang juga yang melontarkan emosi membidas larangan yang dikeluarkan di negeri terbabit.

Namun penulis terpanggil untuk menulis seperti yang diperkatakan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Adibin bahawa Islam membenarkan suara diangkat hanya pada laungan azan.

Tiada nas yang menyuruh manusia untuk menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain.

Rasulullah juga pernah menegah sahabat yang membaca Al Quran sebagaimana hadis yang berikut:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Janganlah kita mengganggu dengan bacaan yang terlampau kuat kerana kita tak tahu mereka yang mempunyai anak yang kecil, mereka yang mungkin baru pulang kerja (shift malam) dan penduduk bukan islam yang tiada kepentingan untuk bangun awal.


Islam sangat menitik beratkan hidup berjiran dan sangat menjaga adab bermasyarakat, seperti yang pernah disabdakan Rasullullah s.a.w :

"Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian (Akhirat), maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda:

Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat rasanya".
(HR Al Khamsah)

Ingatlah, sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang mempelajari Al- Quran dan yang mengajarkannya. -CARI Infonet.
8

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
23

Sedih
22

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LolaLoly 2-10-2015 02:30 PM
Dekat Mekah dan Madinah...xde plak dgr masjid2 pasang bacaan al-quran guna pembesar suara...hanya azan & iqamah je...dan semasa solat fardhu. Lepas solat fardhu masing2 buat ibadah masing2...dlm masjid ada kelompok2 yg buat majlis ilmu...tetapi tetap tak mengganggu jemaah lain.
Quote jay_07 2-10-2015 02:31 PM
Klu nk ikut org kafir tu kata...hari solat jumaat diorang kata menggangu..buat masjid menggangu..maksud nya xleh buat apa2 la...duk dalam gua la sume org islam supaya kafir xcakp ganggu..
Quote seramado 2-10-2015 02:33 PM
saya setuju tu sis
Quote kanaganpilley 2-10-2015 02:33 PM
kami di kuil hanya bunyi loceng saja.. witu loceng jua tiada speeker kasi..
Quote kecimpret 2-10-2015 02:34 PM
yg politikkan isu ni melayu malas gi masjid dan jenis tukar cenel bila azan kuar kat tv
Quote comel91 2-10-2015 02:40 PM
Nabi pernah tanye saidina abu bakar..knape baca al Quran slow..abu bakar: aku membaca kpd tuhan yg maha mendengar..nabi raikan pendapat sahabatnye.

kenapa kita pula nak bising??
Quote sayap_angkasa 2-10-2015 03:03 PM
comel91 replied at 2-10-2015 02:40 PM
Nabi pernah tanye saidina abu bakar..knape baca al Quran slow..abu bakar: aku membaca kpd tuhan yg m ...

Sebab kita lagi Islam la kot
Quote rospinki 2-10-2015 03:08 PM
eh..kalu tk kuat org tk tau kita baca kuran

tak gitu?

dulu kecik2..bpk aku suka baca kuat2 time sblum subuh..satu hari mak aku marah dia ganggu budak2 tido..aku tk tau nk belah sapa..skrg baru aku tau..bpk aku tu memang salah.

Quote rokarina 2-10-2015 03:11 PM


setuju. hanya azan boleh pakai speaker

[youtube]Upou6e0Jk0I[/youtube]
Quote lavapaipbesi 2-10-2015 03:29 PM
rospinki replied at 2-10-2015 03:08 PM
eh..kalu tk kuat org tk tau kita baca kuran

tak gitu?

wa pulak kalu tak dengar quran...wa tak boleh tido..


Quote Ah_Kwan 2-10-2015 03:40 PM
kanaganpilley replied at 2-10-2015 02:33 PM
kami di kuil hanya bunyi loceng saja.. witu loceng jua tiada speeker kasi..

keh keh keh

wa hari hari dengar wa punya jiran punya loceng..
itu rumah nya..
wa boleh kasi saman tak kasi berenti itu loceng?

keh keh keh
Quote rospinki 2-10-2015 04:04 PM
lavapaipbesi replied at 2-10-2015 03:29 PM
wa pulak kalu tak dengar quran...wa tak boleh tido..

paipbesi pulak dah..baru satni aku tag lu tpi aku hantam je.

skrg kan kt smtpon ada mp3..rasa nk dgr bacaan merdu al murshi on je layan nk tido.
Quote lavapaipbesi 2-10-2015 04:07 PM
Ah_Kwan replied at 2-10-2015 03:40 PM
keh keh keh

wa hari hari dengar wa punya jiran punya loceng..

payah la nak saman saman ni...buang masa buang duit..

lu panjat pagar pi buang je loceng tu masa jiran lu pi pasar..


Quote lavapaipbesi 2-10-2015 04:08 PM
rospinki replied at 2-10-2015 04:04 PM
paipbesi pulak dah..baru satni aku tag lu tpi aku hantam je.

skrg kan kt smtpon ada mp3..rasa n ...

mp3 tahun bila daaaa..sekarang pakai apps la..


Quote kanaganpilley 2-10-2015 04:12 PM
Ah_Kwan replied at 2-10-2015 03:40 PM
keh keh keh

wa hari hari dengar wa punya jiran punya loceng..

mana itu u duduk? kana kasi habis itu worang..
tapi tiada dinga 1 taman kan.


Quote rospinki 2-10-2015 04:13 PM
lavapaipbesi replied at 2-10-2015 04:08 PM
mp3 tahun bila daaaa..sekarang pakai apps la..

aku tk brpa pandai IT ni..smua ada..apps mp3 mp10 smua aku harong..ujung aku kompius lava.smua aku unsintall tu yg tingal mp3 tu je
Quote lavapaipbesi 2-10-2015 04:15 PM
rospinki replied at 2-10-2015 04:13 PM
aku tk brpa pandai IT ni..smua ada..apps mp3 mp10 smua aku harong..ujung aku kompius lava.smua aku ...

boleh la...pakai mp3 ka..apps ka..youtube ka..

yg pasti dengar quran dapat pahala...free je tuhan bagi..bukti bahwasanya..

sesungguhnya Allah itu maha pemurah..


Quote witwit 2-10-2015 05:37 PM
betul. ini aku setuju.
Quote nenekglamer 2-10-2015 05:44 PM
Ikut je kata rasulullah saw. kuat waktu azan je, nak ingatkan orang supaya solat. tang baca quran, zikir bagai  tu, slow2 dengar kt telinga sendiri sudah. lagipun, yang bagi markah a.k.a. pahala kan Allah, bukan manusia sekeliling and Allah tak pekak okay.

kadang2 org tak paham kot tu yang pasang kuat2 zikir2 and ayat2 quran. tu belum lagi golongan yang macam bajet good2 nak tunjukkan orang yang dia lebih islam pada org lain -

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061911 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top