‘Puan nak anak puan bersekolah, tetapi dia tidak minat untuk belajar’ Itulah kata-kata seorang cikgu tadika terhadap seorang ibu mengenai anaknya berusia lima tahun yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik oleh @MalaysiaVirall, cikgu berkenaan menghantar beberapa gambar dan video kanak-kanak itu menangis. Cikgu berkenaan turut merungut dan mengeluh kerana tidak tahu bagaimana untuk mengawal situasi tersebut. “Anak puan ini asyik menganggu pembelajaran saya setiap hari. Asyik menangis sahaja nak Umi dia. “Dia (kanak-kanak) belum bersedia untuk belajar. Puan nak anak bersekolah, tetapi dia tidak minat untuk belajar. “Masalahnya tiada kesedaran nak belajar. Puan kena bercakap dengan dia pentingnya pelajaran. Perkembangan tumbesaran dia untuk belajar masih belum bersedia,” kata cikgu berkenaan.
Di ruangan komen majoriti pengguna mengecam cikgu berkenaan kerana menganggap itu sememang tugasnya sebagai seorang pendidik. “Agak pelik cikgu tadika tidak faham ‘separation anxiety’. Benda begini adalah perkara biasa dan sebagai cikgu, kena guna pelbagai cara. Jangan terus putus asa dan mengeluh pada ibu bapa,” ciap Qirera. “Kalau takde empati dan kesabaran, janganlah jadi cikgu. Lagi-lagi bila dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini budak lima tahun bukan tingkatan lima,” komen Anis pula. Walau bagaimanapun ada juga yang menyebelahi cikgu berkenaan kerana menganggap ibu bapa juga memainkan peranan yang penting kepada persediaan anak-anak. “Cikgu pun ada betulnya. Ibu bapa kena main peranan sebelum hantar ke sekolah. Budak nangis itu memang biasa tetapi takut kacau proses pembelajaran murid lain pula,” komen seorang pengguna. -CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 20-3-2023 03:20 PM
kau ingat cikgu tu nak tumpu kat anak kau sorang je ke?
dah tau nak hantar anak sekolah, kenapa kau ...
Levespa replied at 20-3-2023 04:08 PM
Tadika la ni.. baru 5 tahun
ADVERTISEMENT