CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Cucuh Isteri Dengan Gunting Panas, Mekanik Dipenjara Setahun!

20-3-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3557| Komen: 8

Description: KUALA PILAH: Seorang mekanik yang sebelum ini mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya dengan gunting panas dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini.
KUALA PILAH: Seorang mekanik yang sebelum ini mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya dengan gunting panas dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini.


Ia selepas tertuduh, Mohamad Faiz Shahruddin, 28, dari Gemas, Tampin menukar pengakuannya sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan cedera iaitu dengan cara mencucuh benda hangat iaitu sebilah gunting yang dipanaskan pada jari telunjuk kiri isterinya yang berusia 27 tahun.

Gambar Hiasan

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah bengkel motosikal di Felda Jelai pada pukul 10.30 malam, 13 Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta yang sama.

Norma kemudian menjatuhkan hukum penjara satu tahun dari tarikh dia ditangkap.


Mengikut fakta kes, kejadian itu berlaku ketika isteri tertuduh membantunya membaiki radio dan berlaku pertengkaran kerana isteri tertuduh tidak memegang betul radio yang sedang dibaiki.

Tertuduh mengambil gunting panas dan mencucuh ke jari telunjuk kiri isterinya selain tertuduh turut menumbuk kepala sebelah kanan.

Pada 16 Disember tahun lalu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama namun tidak mengaku salah atas pertuduhan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 20-3-2023 04:40 PM
Adoii.. ingatkan salah isteri teruk macam ada skandal ke.. rupanya salah pegang radio je.. caner la budak pompuan ni tak perasan boleh ambik mamat short circuit jadi laki..
Quote intan244 20-3-2023 07:44 PM
radio? 2023 dah ooiii
Quote acik79 21-3-2023 05:37 PM
Kejamnya jantan ni
Quote Jitu 21-3-2023 05:43 PM
jahatnya     
Quote sayurmayur88 22-3-2023 03:51 PM
radio uolsss, di zaman era 2023 ini. epic antik !!
Quote supernaturalee 22-3-2023 04:21 PM
teringat filem The Piano
dikapaknya jari bini sbb kantoi berskandal

yg ni sbb radio??????????
tau la dh kategori antik
kot ye pun perlu ke smpi nk guna fizikal dgn abuse mental

Quote HabukBesi 22-3-2023 04:28 PM
sebaik bini dia tak hempuk radio tu balik kt laki dia
Quote tri-max 22-3-2023 05:00 PM
bila bini melawan dikata derhaka
pas tu kluar la fatwa akhir zaman banyak pompuan masuk neraka sbb derhaka
da kes mcm ni, takkan nak redho dilanyak supaya tak masuk neraka

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050019 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top