CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5918|Reply: 62

Cikgu Merungut Anak Murid Asyik Menangis Je Dalam Kelas -Ramai Tak Puas Hati "Kalau Takde Empati Dan Kesabaran, Janganlah Jadi Cikgu!"

[Copy link]
Post time 20-3-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode
‘Puan nak anak puan bersekolah, tetapi dia tidak minat untuk belajar’


Itulah kata-kata seorang cikgu tadika terhadap seorang ibu mengenai anaknya berusia lima tahun yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran.


Menerusi tangkap layar yang dimuat naik oleh @MalaysiaVirall, cikgu berkenaan menghantar beberapa gambar dan video kanak-kanak itu menangis.




Gambar Hiasan




Cikgu berkenaan turut merungut dan mengeluh kerana tidak tahu bagaimana untuk mengawal situasi tersebut.


“Anak puan ini asyik menganggu pembelajaran saya setiap hari. Asyik menangis sahaja nak Umi dia.


“Dia (kanak-kanak) belum bersedia untuk belajar. Puan nak anak bersekolah, tetapi dia tidak minat untuk belajar.


“Masalahnya tiada kesedaran nak belajar. Puan kena bercakap dengan dia pentingnya pelajaran. Perkembangan tumbesaran dia untuk belajar masih belum bersedia,” kata cikgu berkenaan.










Di ruangan komen majoriti pengguna mengecam cikgu berkenaan kerana menganggap itu sememang tugasnya sebagai seorang pendidik.


“Agak pelik cikgu tadika tidak faham ‘separation anxiety’. Benda begini adalah perkara biasa dan sebagai cikgu, kena guna pelbagai cara. Jangan terus putus asa dan mengeluh pada ibu bapa,” ciap Qirera.


“Kalau takde empati dan kesabaran, janganlah jadi cikgu. Lagi-lagi bila dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini budak lima tahun bukan tingkatan lima,” komen Anis pula.


Walau bagaimanapun ada juga yang menyebelahi cikgu berkenaan kerana menganggap ibu bapa juga memainkan peranan yang penting kepada persediaan anak-anak.


“Cikgu pun ada betulnya. Ibu bapa kena main peranan sebelum hantar ke sekolah. Budak nangis itu memang biasa tetapi takut kacau proses pembelajaran murid lain pula,” komen seorang pengguna. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh berapa kali nak ulang cerita ni..bukan isu semasa dah kot. Portal pun recycle je amik kekonon isu semasa la sangattttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
2-2 kena main peranan.. tapi mak bapak kena lebih la dh anak dia.. if anak tak sesuai ngan cikgu ke kawan2 ke tukar la tempat lain.. zaman dulu ada jer mak ayah tggu anak kt luar tadika minggu pertama skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:20 PM | Show all posts
kau ingat cikgu tu nak tumpu kat anak kau sorang je ke?
dah tau nak hantar anak sekolah, kenapa kau tak train anak tu supaya dia bersedia..
semua kau nak campak kat cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis mak bapak tau kesedapan buat anak je. Tanggungjawab campak bagi cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:28 PM | Show all posts
erm..sikit2 nk viral...pdhal msg tu antara cikgu dan ibu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
5 taun nk htr sekolah dah...tunggu la 6 taun..takmustahil 10 taun lagi umo setahun nk htr tadika dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:32 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-3-2023 03:20 PM
kau ingat cikgu tu nak tumpu kat anak kau sorang je ke?
dah tau nak hantar anak sekolah, kenapa kau  ...

andartu memang takde empathy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 03:37 PM | Show all posts
Mak bapak tak hantar anak tadika ke? selalunya budak2 ni yg terlebih excited nak masuk darjah 1.

Tp setahu akak ada program ala2 orientation week jugak kat sekolah supaya budak2 ni paham transition dr sekolah main dan makan ke sekolah akademik menghadap cikgu.

kalau dah berkepit dgn mak tak koje kat rumah lepas tu terus mengadap cikgu takda early childhood education mmg payahlah. yg akak tau anak2 jiran akak kelly mmg tak pernah tadika mmg uncontrollable harap kaki je panjang masing2 memanjat pagar rumah jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:42 PM | Show all posts
Sapa le yg viral screenshot ni.. semua nak viral .. dah tua pun bodoh - ujar P. Ramlee dalam filem Madu 3
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:44 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 20-3-2023 03:53 PM

biasa la budak2 kecik umor 5 tahun,
mesti ada yang melalak.

yang ni kena fokus lebih ler,
budak tu tak biasa, dan mereka tak faham bahasa

kena pujok ler.
lepas sebulan dua biasa ler budak tu nanti pi sekolah

betina akhir jaman memang ramai yg takde skill nurturing,
skill didik anak kecik dah takde, kesabaran pun takde,
semua sibuk nak jadi jantan, dan compete dengan jantan

semua mau gaji tinggi dan pangkat tinggi jadi boss bitch,
tapi bila suruh jadi provider dan bread winner for family,
semua meroyan macam betina giler.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop: Mak bapak tak hantar anak tadi ...


Tadika la ni.. baru 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton:  Edited by capiloton at 20-3-2 ...
who hurt you?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgunya pun. Ntah la. Lain kali hantar pi Tadika Cina je dek.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:34 PM | Show all posts
Levespa replied at 20-3-2023 04:08 PM
Tadika la ni.. baru 5 tahun

thanks sis. akak baca komen kat atas2 ada yg ckp 5 tahun nak hantar sekolah tunggu la 6 tahun

dahla akak pun ada kawan anak awal setaun sekolah. Sebaya je dgn anak akak kat tadika rupanya lahir bulan 1 ada option nak masuk awal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa cikgu ni di amik je sesapa yg nk mrngajar tadika ...

Sedangkn  kat U skrg ada kursus pembelajaran awal kanak²....dorang diajar mcmana nk handle budak kecik.....

Cara cikgu ni ckp pun blh tepuk dahi....
Budak tu 5thn Norsiah....yg kau nk kats dia tsk de kesedaran nk belajar tu knp....dia bkn 15thn atau tingkatan 5.....

Norsiah....norsiah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 04:37 PM | Show all posts
Biasala merungut pasal kerja.. semua orang & semua kerja pun macam tu.. ada je benda yang kita tak suka kat tempat kerja kita. Takkan bila merungut skit kita pun nak suruh berhenti atau cari kerja lain.. bodoh laa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pengusaha tadika pun main ambik je kot budak bbnu mana jadik cikgu..
nmpak sgt tangkap muat..
at least kalo dia ada diploma pendidikan awal kanak2 xdak la dia cakap gitu kt waris..
bongok cikgu pun budak 5 thn kot..
yg mak pun jgn dok manja kan sgt anak tu..
kalo dah manja tahap gaban, tahap dok pegang bucu baju mak, ko amik la cuti seminggu teman dia dulu..
mak pesen ni pun ada ya iols pernah jumpa..
sampai anak darjah 3 pun anak dok pegang bucu baju mak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:56 PM | Show all posts
cerita tahun bila la diorang korek ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah jadi cikgu klau tak reti kawal murid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282585 Replies : 8332
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Biduanita-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair ramai rasa tertipu)
maklukpenggodaKonsert Biduanita-Judika bak 'muktam
Views : 13175 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057575 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list