Seorang guru cuba membunuh diri selepas didakwa menipu 40 pelajarnya membeli pakej pelancongan ke Jepun membabitkan kerugian 2 juta baht (RM261,784). Guru dari sebuah sekolah menengah di daerah Prawet di Bangkok, Thailand itu, Charat, 43, ditahan polis susulan seorang mangsa membuat perkongsian mengenai perkara itu di laman Twitter, lapor The Thaiger.
Mangsa mendedahkan seorang guru mengajak sekumpulan pelajar untuk menyertai lawatan ke Jepun yang menelan belanja 50,000 baht (RM6,545) setiap seorang. Dia memberi jaminan kepada pelajar bahawa keluarganya memiliki agensi pelancongan, dan semuanya akan disediakan dengan baik. Pada hari pelepasan, Charat meminta semua orang berjumpa di Lapangan Terbang Suvarnabhumi tiga jam sebelum penerbangan. Bagaimanapun, dia tidak muncul di lapangan terbang, menyebabkan pelajar dan ibu bapa mereka terkandas.
Mereka kemudian menyemak dengan syarikat penerbangan dan mendapati penerbangan yang dijadualkan penuh tanpa nama mereka dalam senarai tempahan. Biro Siasatan Pusat (CIB) berjaya menahan guru tersebut ketika memandu, dan dapur arang ditemui di tempat duduk penumpang yang akan digunakannya untuk membunuh diri. Surat bunuh diri turut ditemui di dalam kereta suspek. Hasil siasatan, Charat mengaku melakukan penipuan itu dan memberi alasan dia mengalami masalah kewangan. Dia juga mendedahkan merancang untuk membunuh diri kerana rasa bersalahnya. Menurut laporan ThaiRath, tuduhan terhadap Charat masih belum dikeluarkan. Sumber: mStar
|
bulanbulat replied at 17-3-2023 08:35 PM
Macam cikgu pun kena tipu sekali ja. Sbb tu dia nak bunuh diri. True scammers dia mana peduli. Makan ...
sambaldurian replied at 17-3-2023 11:17 PM
La dh tau nk tertekan , lg tambah tekanan 'rs bersalah menipu duit' dh knp. Knp dh tertekan awal2 sb ...
ADVERTISEMENT