CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sweden Alami Kenaikan Harga Makanan Tertinggi Dalam Tempoh 7 Dekad

17-3-2023 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5631| Komen: 2

Description: Sweden mengalami kenaikan harga makanan tertinggi dalam tempoh tujuh dekad selepas ia melonjak sebanyak 20 peratus sejak setahun lalu, kata Statistik Sweden semalam.Indeks Harga Pengguna (CPI) Statist ...
Sweden mengalami kenaikan harga makanan tertinggi dalam tempoh tujuh dekad selepas ia melonjak sebanyak 20 peratus sejak setahun lalu, kata Statistik Sweden semalam.

Indeks Harga Pengguna (CPI) Statistik Sweden menunjukkan, makanan dan minuman yang tidak mengandungi alkohol pula menjadi lebih mahal dengan kenaikan 20.95 peratus antara Februari lalu hingga Februari ini, berbanding tempoh yang sama 12 bulan lalu.



Staf menyediakan barangan makanan yang didermakan pasar raya tempatan untuk dijual semula pada harga lebih rendah di cawangan Palang Merah di Stockholm, Sweden. - Foto AFP

Ini adalah kenaikan tahunan terbesar bagi harga makanan di Sweden sejak awal 1950an.

"Antara 1970an ke 1980an, harga makanan turut meningkat dengan ketara, namun tidak mendadak seperti sekarang.

"Kita perlu kembali ke 1951 untuk mencari tempoh 12 bulan di mana harga makanan meningkat lebih 20 peratus," kata Perangkawan Harga di Statistik Sweden, John Eliasson.


Harga makanan meningkat dengan produk tenusu termasuk mentega dan telur meningkat 30 peratus sejak setahun lalu. Harga sayur-sayuran turut menunjukkan peningkatan dengan harga daun bawang dan kobis bunga meningkat hampir 80 peratus.

Harga makanan dan minuman yang tidak mengandungi alkohol meningkat sebanyak 2.74 peratus pada Februari berbanding bulan sebelumnya.

Secara keseluruhan, inflasi di Sweden kekal tinggi dan menurut data dari Statistik Sweden, kadar inflasi negara itu mencecah paras tertinggi sejak 31 tahun lalu iaitu 12.3 peratus pada Disember 2022.

Selepas ia menunjukkan sedikit penurunan kepada 11.7 peratus pada Januari tahun ini, ia kembali meningkat ke tahap 12 peratus pada Februari. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 18-3-2023 12:16 AM
sweden ni negara pendidikan dia free kan ?
Quote DARSITA 18-3-2023 07:22 AM

Seluruh dunia alami benda yang sama.

unemployment meningkat
core inflation rising
banks failing
interest rates rising
minyak naik
food prices near all time highs
home sales declining
homelessness increasing

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.058310 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top