CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana Pertama Malaysia Diperkenal

17-3-2023 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11345| Komen: 26

Description: Malaysia menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya sebagai inisiatif untuk memperkenal Program Hos ...
Malaysia menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya sebagai inisiatif untuk memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya.


Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.


Gambar hiasan - Twitter DG Hisham

"Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan boleh dipercayai bagi penjagaan kesihatan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan.


"Sebagai menyokong pelan pertumbuhan semasa Tempoh Pecutan 2023-2025, finalis yang disenarai pendek akan diberikan beberapa insentif.

"Insentif ini termasuk pemudah cara pantas untuk menyokong pencapaian pembangunan, fleksibiliti konsep ujian denganteknologi penjagaan kesihatan sandbox dan sebagainya," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan sama memaklumkan Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana akan mempromosi inovasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan, membawa mereka lebih dekat untuk mencapai sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk negara dan menjadikan Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai jenama penjagaan kesihatan sejagat yang dikenali serta berwibawa.

"Sehubungan itu, saya dengan sukacita mengumumkan peruntukan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) untuk finalis Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana, yang membolehkan hospital disenarai pendek kami yang mempunyai sumber untuk membuat perbelanjaan modal yang layak bagi menyokong rancangan pertumbuhan mereka semasa tempoh pecutan dari 2023 hingga 2025.

"Elaun ini akan meliputi pelaburan teknologi yang bertujuan memacu transformasi digital dalam penjagaan kesihatan selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 Malaysia," katanya.

Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana adalah kerjasama antara MHTC dan badan akreditasi perubatan sejagat IQVIA dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI). 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 17-3-2023 08:28 PM
Apa beza dengan yang dulu?
Quote VespaSilbe 17-3-2023 09:34 PM
Island hospital tu mmg 20 tahun lepas pun yindon penuh.. ijn pun ramai jah indon p.. baru tahu ke depan nih
Quote DARSITA 18-3-2023 07:09 AM
VespaSilbe replied at 17-3-2023 05:34 AM
Island hospital tu mmg 20 tahun lepas pun yindon penuh.. ijn pun ramai jah indon p.. baru tahu ke de ...


Sebab hospital mereka tidak bagus. Nak ke Singapore terlalu mahal. Eloklah negara kita menyediakan hopital pelancungan. Dpt bagi peluang perkerjaan kpd ramai doktor tempatan juga kpd kakitangan hospital.




Quote VespaSilbe 18-3-2023 10:14 AM
DARSITA replied at 18-3-2023 07:09 AM
Sebab hospital mereka tidak bagus. Nak ke Singapore terlalu mahal. Eloklah negara kita menyediaka ...

Pakej pelancongan tu mmg 20 tahun dah wujud kat Island hospital uols..
Quote CatMiow 18-3-2023 11:16 AM
VespaSilbe replied at 18-3-2023 10:14 AM
Pakej pelancongan tu mmg 20 tahun dah wujud kat Island hospital uols..

Itu yang tak faham, bukan ke program ni dah wujud lama, jadi apa yang baharunya?
Hospital lain baru nak join ke apa?
Quote stingerbumpy 18-3-2023 11:31 AM
DARSITA replied at 18-3-2023 07:09 AM
Sebab hospital mereka tidak bagus. Nak ke Singapore terlalu mahal. Eloklah negara kita menyediaka ...

Johor aku dengar billionaire sporean nak launch this sama konsep there? Way before the pandemik...apa sudah jadi? Tak jadi take off keww perancangannyer?
Quote VespaSilbe 18-3-2023 02:39 PM
CatMiow replied at 18-3-2023 11:16 AM
Itu yang tak faham, bukan ke program ni dah wujud lama, jadi apa yang baharunya?
Hospital lain bar ...

Khuenz... Cakap macam new idea padahal Island hospital tu dah lama buat kut
Quote Body_language 18-3-2023 03:02 PM
Bende alah dah lama wujud. Tiba2 je announce mcm bende baru APO.

KPJ pon dah lama target ummah2 kaya Batam/Riau
Quote wolfheart 18-3-2023 03:05 PM
Kenapa baru dikatakan hospital pelancongan perubatan pertama di malaysia sedangkan wijaya international medical centre pun dah ada terima pesakit sejak 2005-2006?
Quote orkid_amani 18-3-2023 03:06 PM
Dah laaamaa la benda ni..ramai jaa aii jumpak patient dari Indon kat airport datang utk treatment kat spital2 private kat Penang ni..siap ada van spital (bukan ambulance) tunggu jemput patient kat airport lagi tau
Quote SalenaGomez 18-3-2023 07:07 PM
CatMiow replied at 18-3-2023 11:16 AM
Itu yang tak faham, bukan ke program ni dah wujud lama, jadi apa yang baharunya?
Hospital lain bar ...

Re brand balik laa kot…ada la nampak buat keje
Quote honeybee1802 18-3-2023 07:33 PM
VespaSilbe replied at 18-3-2023 10:14 AM
Pakej pelancongan tu mmg 20 tahun dah wujud kat Island hospital uols..

Iyer le kot...sb jaman anak iols kecik2 rajin pi sjmc tu...ada small room ada officer yg attend japanese...anak iols pun dah usia almost 20...
Quote Innrukia 18-3-2023 08:06 PM
Kat Island & Lam Wah EE tu pun bersepah dgn Indon & China..
recycle @ rebranding?
Quote mrseller 18-3-2023 08:10 PM
Lam wah ee penang 36 tahun lepas dah ramai la yindon dtg buat treatment. Tak payah dok buat gempak sgt. Nothing new
Quote Thunderclouds 18-3-2023 08:13 PM
Kasihannn...
Ketandusan idea gamaknya.
Kira brainstorming gila² dh tu.
Sendunya think tank hakak muntri.
Quote MissYouSayang 18-3-2023 08:38 PM
Mungkin ada la kot penambahbaikan utk geng2 pati/ warga asing utk datang beramai2 ke msia utk dapatkan fasiliti hospital kita yg berkualitas dan murah dr negara2 sekitar khenss. Rakyat sendiri dibiarkan aja...
Quote zehra2 18-3-2023 08:50 PM
rezeki peluang kerja ni
Quote CatMiow 18-3-2023 10:23 PM
SalenaGomez replied at 18-3-2023 07:07 PM
Re brand balik laa kot…ada la nampak buat keje

Tambah 'perdana' je kat belakang
Quote cmf_premierleag 18-3-2023 11:04 PM
Kat penang sana dah lama private spital buat mcm ni...gleneagles hospital penang siap ada brochure in burmese language lagi (sasaran utk org kaya2 burma myanmar la..bukan rohingya hitam berkerak)
Hospital Loh Guan Lye Specialists Centre kt penang pun targeted by Indonesian yg kaya2.depa siap acquire empty land kt sblh spital lama tu utk expand their spital sbb good business....terus la org2 yg ada land kt situ trus jd kaya raya sbb jual tanah ratusan juta kt spital tu.
Even kat belah2 situ byk je alpukat (farmasi in indonesian) ..mmg ramai org kekaya acheh pi gleneagles and loh guan lye

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068679 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top