CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bercinta Dengan Bapa Saudara- Wanita Mati Dibunuh Sebab Hamil, Mayat Dicampak Bawah Jambatan

17-3-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5417| Komen: 3

Seorang wanita dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, dipercayai kerana mangsa meminta lelaki tersebut bertanggungjawab selepas mendapati dirinya hamil.

Mayat wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah, 26, ditemui di bawah jambatan yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah mangsa di Kubu Raya, Kalimantan Barat, dalam keadaan berlumuran darah kerana kesan lukan tikaman.


Motosikal mangsa turut ditemui tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemui.


Gambar Hiasan

"Mayat mangsa ditemui di bawah jambatan oleh keluarganya. Ketika itu ibu mangsa mengarahkannya mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas keluar seketika.

"Apabila sampai, mereka sekeluarga menemui motosikal tersebut dan menemui mangsa di bawah jambatan," kata pegawai kanan polis, Arief Hidayat.

Susulan penemuan mayat wanita tersebut, polis melancarkan siasatan hingga membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan bapa saudara mangsa yang bernama Hudi.


Suspek berjaya ditahan selepas enam hari mayat wanita itu ditemui.

"Penjenayah ini bersembunyi selama 6 hari, kemudian kami tangkap di rumah keluarga di Ketapang," kata Arief lagi.

Arief berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, suspek terdesak untuk membunuh mangsa kerana bimbang hubungan 'gelap' antara mereka diketahui selepas mangsa dikatakan hamil hasil hubungan mereka.

"Kerana panik, suspek diminta bertanggungjawab, akhirnya nekad membunuh mangsa," jelasnya.

Ketika ini suspek sedang menjalani siasatan lanjut oleh pihak polis. -CARI

Sumber: mStar/ Detik

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-3-2023 05:00 PM
Tak india, arab, tak arab pakistan, tak pakistan, indon..
Quote orangbiasaje 17-3-2023 07:55 PM
Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan bapa saudara walikan anak perempuan kalau ayah dan abang tak ada, bapa saudara dah 'makan'.
Quote plywood 17-3-2023 08:38 PM
kenapalah berskandal dengan bapa saudara...banyak lelaki jomblo disana. goda skit2 mesti dah dapat..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.027326 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top