PETALING JAYA – Ramai golongan lelaki terlibat dengan masalah penagihan dadah akibat mahu memperolehi tenaga tambahan ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (Masac), Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff berkata, terdapat kes-kes ‘relapse’ atau kembali semula kepada masalah penagihan disebabkan mahu meningkatkan keupayaan seksual.
Katanya, situasi ini lebih menjurus kepada kaum lelaki kerana mereka menjadikan pengambilan dadah itu sebagai ‘ubat’ memuaskan nafsu pasangan masing-masing. Jelas Raja Azizan lagi, perkara tersebut diperolehi menerusi dapatan dari Program Jurulatih Pemulihan Bertauliah anjuran kerjasama Masac dan Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (Acreda) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan bermula kelmarin sehingga esok.
“Walaupun kes sebegini tidak berlaku kepada semua bekas pengguna bahan terlarang, namun ramai antaranya menghadapi permasalahan yang dianggap sulit dan ‘taboo’ ini. “Sebenarnya, permasalahan ini bukan kekal dan boleh pulih tanpa kembali menggunakan dadah untuk memuaskan nafsu pasangan mereka. “Ia boleh sembuh melalui rawatan urutan, pemakanan yang sihat, ubah cara hidup yang sihat seperti bersenam dan cukup rehat serta tidur dan juga tambahan ubat-ubatan yang dibenarkan kerajaan seperti tongkat ali mampu mengembalikan semula tenaga kejantanan untuk kehidupan rumah tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, Raja Azizan berkata, pihaknya menasihatkan bekas pengguna agar terus cekal mengharungi rumah tangga bersama pasangan tanpa melibatkan kembali semula ke dadah semata-mata untuk dijadikan ‘ubat’ tambahan meningkatkan keupayaan seksual. “Manakala bagi pasangan yang telah biasa dengan kepuasan seksual melalui penggunaan dadah, Masac merayu agar mereka ini memberi sokongan kepada bekas pengguna untuk tidak kembali ke dadah untuk kepuasan seksual. “Selain itu, beri sokongan terhadap proses pemulihan tenaga seksual melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada tradisional atau moden yang diberikan hospital kerajaan atau bantuan kaunseling. “Kepada golongan remaja dan belia, Masac menasihatkan agar mereka tidak bermula dengan dadah kerana kerosakan dadah membawa kesengsaraan kepada fungsi badan termasuk keupayaan seksual termasuk memberikan kesan kepada kehidupan rumah tangga,” pesannya. – CARI Sumber: Kosmo
|
B40tastePosh replied at 17-3-2023 04:36 PM
Memang kalau kau ambil dadah jenis stimulant methaphetamine lama² kau mati pucuk...kote lembik...
...
Bipolajourney replied at 17-3-2023 07:22 PM
Diri sendiri kettuew
B40tastePosh replied at 17-3-2023 07:44 PM
Sebab banyak budak muda sekarang kote lembik sekarang ni.
The only way, ambil tadalafil atai side ...
Bipolajourney replied at 17-3-2023 09:36 PM
Again, diri sendiri kettuew
FOTHER-MUCKER replied at 17-3-2023 11:55 PM
Lebih baik guna poppers
Thunderclouds replied at 17-3-2023 07:53 PM
Tu yg bini² mat dadih mampu bertahan bersuamikn pendadih
Bukan sumaa..kebanyakan gitu lar
B40tastePosh replied at 18-3-2023 12:13 AM
Biasa gay community je guna poppers
B40tastePosh replied at 17-3-2023 08:13 AM
Biasa gay community je guna poppers
Tinot7 replied at 18-3-2023 12:20 AM
Poppers ni amender?
FOTHER-MUCKER replied at 18-3-2023 12:20 AM
Mungkin lah kot tapi ada je suami isteri guna poppers
B40tastePosh replied at 17-3-2023 08:41 AM
Permah guna poppers, rasa macam bergoyang melayang...macam.mabok je...tak rasa horny pun
Pop ...
FOTHER-MUCKER replied at 18-3-2023 12:49 AM
Sepanjang hidup saya saya belum pernah cuba dadah termasuk ganja.
ADVERTISEMENT