CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Curi Helikopter, Tak Reti Bawa Akhirnya Terhempas

17-3-2023 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4609| Komen: 1

Description: Washington: Lelaki cuba curi helikopter namun akhirnya terhempas.Pencuri itu masuk ke Lapangan Terbang Eksekutif Sacramento, California, antara 4 pagi dan 6 pagi pada Rabu, dan cuba menghidupkan empat ...
Washington: Lelaki cuba curi helikopter namun akhirnya terhempas.

Pencuri itu masuk ke Lapangan Terbang Eksekutif Sacramento, California, antara 4 pagi dan 6 pagi pada Rabu, dan cuba menghidupkan empat helikopter di atas landasan, kata polis.


Portal Metro UK melaporkan, kemudian individu itu berjaya menghidupkan salah satu helikopter dan memandunya, tetapi akhirnya ia terhempas.


Foto: Agensi

Pencuri itu melarikan diri dari tempat kejadian.

Serpihan helikopter itu bertaburan lebih ratusan meter, menurut jurugambar KCRA 3, Domi Domalaog.

Tiada kecederaan direkodkan dalam kejadian itu.

Pesawat yang musnah adalah milik syarikat sewa Capitol Helicopters, yang berpangkalan di Sacramento.

Ia adalah helikopter Bell 407 yang boleh menjalankan pelbagai fungsi termasuk sebagai mekanisme untuk memadam kebakaran, lapor stesen televisyen itu.


Agensi yang menyiasat kejadian itu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan jabatan polis bandar itu.

Memusnahkan pesawat adalah jenayah persekutuan, menurut FBI.

"Siasatan ini di peringkat awal dan maklumat ini adalah awal kerana detektif berusaha untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku," polis memberitahu The Sacramento Bee.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 17-3-2023 04:25 PM
tak pasal2 jahanam helikopter orang. hampeh betul

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.125452 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top