Wanita berstatus kurang upaya (OKU) tidak menyangka menerima lamaran ketika majlis tahlil ibu. Langsung tidak menjangka, jejaka yang dijemput untuk membaca al-Quran untuk hari ketiga tahlil arwah ibu, rupanya pemilik tulang rusuk buat Zauyah Deraman, 37, dari Kampung Ana, di sini.
Diraikan dalam majlis pernikahan agak meriah petang semalam, Zauyah yang cacat kedua-dua belah tangan dan kaki iaitu bengkok serta kecil sejak lahir, menerima dengan tangan terbuka kehadiran Mohd Abdul Rahman Yah, 37, di saat keadaannya yang sangat memerlukan seseorang sebagai pelindung. Zauyah berkata, sejak sekian lama dia menetap di rumah pusaka bersama ibu, Fatimah Yusoff, 74, memandangkan tujuh adik beradiknya yang lain sudah berumahtangga dan tinggal di berasingan. "Pemergian (arwah) mek pada 2 Februari lalu memberi kesan sangat hebat pada saya dan memang hidup saya ketika itu terumbang ambing.
"Saya sekeluarga sepakat untuk menjemput seseorang untuk mengaji (al-Quran) di rumah dan sehingga ke hari kedua masih tiada yang sudi sehinggalah saya meminta bantuan dari seorang rakan untuk mencari. "Mohd Abdul Rahman datang ke rumah pada petang hari ketiga untuk mengaji seterusnya memimpin majlis tahlil mek dan dari situlah bermula segala-galanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Zauyah berkata, Mohd Abdul Rahman terdengar perbualan ahli keluarganya mengenai keadaannya yang sudah tiada peneman selepas ini dan mencari keputusan untuk membawa wanita itu menetap di mana-mana rumah adik beradik lain kerana bimbang tinggal berseorangan. Katanya lagi, Mohd Abdul Rahman terus meluahkan hasrat untuk menyuntingnya sebagai teman hidup melalui rakan yang sama sebelum ia dimaklumkan kepada Zauyah serta ahli keluarga. "Tanpa berfikir panjang saya segera bersetuju walau ketika itu fikiran masih kosong dan langsung tidak mengenali gerangan bakal suami tapi yang penting saya tidak ingin tinggalkan rumah ini yang menyimpan banyak kenangan bersama arwah mek. "Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan beberapa hari selepas itu kami bertunang dan genap 40 hari mek tiada, kami melangsungkan perkahwinan hari ini (semalam)," katanya dalam nada sebak kerana teringatkan hasrat arwah ibunya yang terlalu ingin melihatnya berumahtangga. Bagi Mohd Abdul Rahman pula, dia menganggap kedatangannya untuk mengaji al-Quran di rumah Zauyah adalah rencana paling baik dari Allah kerana pada mulanya dia meminta pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah milik abangnya untuk datang tapi tiada yang berkelapangan. Dia yang enggan menghampakan permintaan rakan terbabit terus datang berseorangan dan tidak menyangka detik itu menemukannya dengan wanita yang sudi menjaga empat cahaya matanya hasil dari perkahwinan terdahulu. "Ketika mula-mula melihatnya saya sudah tahu mengenai kekurangan fizikalnya tapi itu bukan masalah utama kerana saya sendiri pernah menjaga kakak yang berstatus OKU. "Apa yang penting adalah dia jodoh yang saya anggap aturan dari Allah dan menerima dengan sepenuh hati malah paling penting kesemua anak saya yang berusia 13, 9 dan kembar berusia tujuh tahun sangat senang dengannya," katanya yang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai. Sumber: BH Online
|
Dia yang enggan menghampakan permintaan rakan terbabit terus datang berseorangan dan tidak menyangka detik itu menemukannya dengan wanita yang sudi menjaga empat cahaya matanya hasil dari perkahwinan terdahulu.
Thunderclouds replied at 17-3-2023 03:39 PM
Aku igt ada kisah istikharah semua seblom nikah,ropenye xpikir pnjang dh teros terima.
Duda anak 4 l ...
Suchi replied at 17-3-2023 06:40 PM
Kan risau gak tuh,
Dahla tak kenal langsung
Ingatkan bujang sama bujang sekali ahh duda anak 4 pla ...
pittjie: "Langsung tidak menjangka, jej ...
Suchi replied at 17-3-2023 06:35 PM
Baru nk puji2 sbb susah nk jumpa kt malaysia lelaki malaysia sanggup kawen wanita oku sekali bila ba ...
Thunderclouds replied at 17-3-2023 07:08 PM
Hidup terumbang ambing pas mak dia meninggal katanyehhhh..
Ntahla chuolss..
Asal belaki.
koko2 replied at 17-3-2023 08:04 PM
laki ni duda anak 4..semua anak dh besar..tak yah nk ngasuh lg..silap2 anak2 duda ni yg jadi penga ...
ADVERTISEMENT