CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Cipta Sejarah Biak Tikus Dari Persenyawaan Dua Tikus Jantan

17-3-2023 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4138| Komen: 10

Description: Saintis Universiti California mencipta sejarah apabila berjaya mencipta anak tikus dari persenyawaan dua tikus jantan.Ini menimbulkan kemungkinan untuk menggunakan teknik sama untuk manusia, walaupun ...
Saintis Universiti California mencipta sejarah apabila berjaya mencipta anak tikus dari persenyawaan dua tikus jantan.

Ini menimbulkan kemungkinan untuk menggunakan teknik sama untuk manusia, walaupun pakar memberi amaran, sangat sedikit embrio tikus berkembang menjadi anak tikus yang hidup dan kemungkinan ia tidak berfungsi untuk manusia.



AFP

"Namun, ia adalah strategi yang sangat bijak," kata Diana Laird, pakar sel stem dan pembiakan di Universiti California, San Francisco, yang tidak terbabit dalam penyelidikan.

"Ia adalah satu langkah penting dalam kedua-dua sel stem dan biologi pembiakan."

Saintis menerangkan kerja mereka dalam kajian yang diterbitkan pada Rabu menerusi jurnal Nature.

Mula-mula, mereka mengambil sel kulit daripada ekor tikus jantan dan mengubahnya menjadi sel stem pluripoten yang boleh berkembang menjadi pelbagai jenis sel atau tisu.


"Kemudian, melalui proses yang membabitkan membesarkannya dan merawatnya dengan ubat, mereka menukar sel stem tikus jantan kepada sel betina dan menghasilkan sel telur berfungsi. Akhirnya, mereka menyuburkan telur itu dan menanamkan embrio ke dalam tikus betina," katanya.

Menurutnya, kira-kira satu peratus daripada embrio iaitu tujuh daripada 630 embrio berkenaan, menjadi anak tikus dan membesar.

Anak tikus itu kelihatan membesar secara normal dan boleh menjadi ibu bapa sendiri dengan cara biasa, ketua penyelidik, Katsuhiko Hayashi dari Universiti Kyushu dan Universiti Osaka di Jepun memberitahu rakan saintis di Sidang Kemuncak Antarabangsa Ketiga mengenai Penyuntingan Genom Manusia minggu lalu.

Dalam ulasan yang diterbitkan bersama kajian Nature, Laird dan rakan sekerjanya, Jonathan Bayerl berkata, kerja itu membuka jalan baharu dalam biologi pembiakan dan penyelidikan kesuburan untuk haiwan dan manusia.

Sebagai contoh, mungkin untuk menghasilkan semula mamalia yang terancam daripada seekor jantan.

"Dan ia mungkin juga menyediakan templat untuk membolehkan lebih ramai orang seperti pasangan lelaki yang sama jantina mendapat anak kandung sambil mengelak isu etika dan undang-undang telur penderma," tulis mereka.

Bagaimanapun, tidak jelas mengapa hanya sebahagian kecil daripada embrio yang diletakkan ke dalam tikus pengganti, terselamat, sama ada teknikal atau biologi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 17-3-2023 03:40 PM
mesti mcm x cukup sifat.. ye la kawen sesama jenis... mcm kawen adik beradik hehehe..
Quote dani-rox 17-3-2023 07:37 PM
ai have two daddies, katanyer


Quote plywood 17-3-2023 08:36 PM
harapan baru kepada gayah  untuk meneruskan keturunan...

gayah 1 - 1 heteroseksual



Quote margo20 17-3-2023 08:48 PM
So gender mana yg akan dihapuskan? Jate or tino?
Quote Zeatyisaac 17-3-2023 08:58 PM
I'm waiting.....tap tap tap.
Quote rogayahtop 18-3-2023 12:54 AM
XX XY je nok. kutip je la Y tu kat mana2. Nak beli pun murah je kalau nak yg berkualiti
Quote CikYaYaYa 18-3-2023 01:43 PM
yang aneh2 sajaa
Quote Tinot7 18-3-2023 02:09 PM
Tapi perlukan surrogate mom jugakk..

"Dan ia mungkin juga menyediakan templat untuk membolehkan lebih ramai orang seperti pasangan lelaki yang sama jantina mendapat anak kandung sambil mengelak isu etika dan undang-undang telur penderma," tulis mereka.
Quote Tinot7 18-3-2023 02:11 PM
Iols lagi berminat dgn ide nihh..

Sebagai contoh, mungkin untuk menghasilkan semula mamalia yang terancam daripada seekor jantan.

Voley la bina jurassic park giteww.. hehe..

Baidewei, betui la hawa dari rusuk kiri adam, yach..
Quote Decaffeinated 18-3-2023 03:02 PM
harapan untuk pasangan yang tidak boleh beranak

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043349 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top