CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5060|Reply: 24

Wanita OKU Dilamar Ketika Hari Ketiga Majlis Tahlil Ibu

[Copy link]
Post time 17-3-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Wanita berstatus kurang upaya (OKU) tidak menyangka menerima lamaran ketika majlis tahlil ibu.


Langsung tidak menjangka, jejaka yang dijemput untuk membaca al-Quran untuk hari ketiga tahlil arwah ibu, rupanya pemilik tulang rusuk buat Zauyah Deraman, 37, dari Kampung Ana, di sini.




BH Online




Diraikan dalam majlis pernikahan agak meriah petang semalam, Zauyah yang cacat kedua-dua belah tangan dan kaki iaitu bengkok serta kecil sejak lahir, menerima dengan tangan terbuka kehadiran Mohd Abdul Rahman Yah, 37, di saat keadaannya yang sangat memerlukan seseorang sebagai pelindung.


Zauyah berkata, sejak sekian lama dia menetap di rumah pusaka bersama ibu, Fatimah Yusoff, 74, memandangkan tujuh adik beradiknya yang lain sudah berumahtangga dan tinggal di berasingan.


"emergian (arwah) mek pada 2 Februari lalu memberi kesan sangat hebat pada saya dan memang hidup saya ketika itu terumbang ambing.


"Saya sekeluarga sepakat untuk menjemput seseorang untuk mengaji (al-Quran) di rumah dan sehingga ke hari kedua masih tiada yang sudi sehinggalah saya meminta bantuan dari seorang rakan untuk mencari.


"Mohd Abdul Rahman datang ke rumah pada petang hari ketiga untuk mengaji seterusnya memimpin majlis tahlil mek dan dari situlah bermula segala-galanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Zauyah berkata, Mohd Abdul Rahman terdengar perbualan ahli keluarganya mengenai keadaannya yang sudah tiada peneman selepas ini dan mencari keputusan untuk membawa wanita itu menetap di mana-mana rumah adik beradik lain kerana bimbang tinggal berseorangan.


Katanya lagi, Mohd Abdul Rahman terus meluahkan hasrat untuk menyuntingnya sebagai teman hidup melalui rakan yang sama sebelum ia dimaklumkan kepada Zauyah serta ahli keluarga.


"Tanpa berfikir panjang saya segera bersetuju walau ketika itu fikiran masih kosong dan langsung tidak mengenali gerangan bakal suami tapi yang penting saya tidak ingin tinggalkan rumah ini yang menyimpan banyak kenangan bersama arwah mek.


"Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan beberapa hari selepas itu kami bertunang dan genap 40 hari mek tiada, kami melangsungkan perkahwinan hari ini (semalam)," katanya dalam nada sebak kerana teringatkan hasrat arwah ibunya yang terlalu ingin melihatnya berumahtangga.


Bagi Mohd Abdul Rahman pula, dia menganggap kedatangannya untuk mengaji al-Quran di rumah Zauyah adalah rencana paling baik dari Allah kerana pada mulanya dia meminta pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah milik abangnya untuk datang tapi tiada yang berkelapangan.


Dia yang enggan menghampakan permintaan rakan terbabit terus datang berseorangan dan tidak menyangka detik itu menemukannya dengan wanita yang sudi menjaga empat cahaya matanya hasil dari perkahwinan terdahulu.


"Ketika mula-mula melihatnya saya sudah tahu mengenai kekurangan fizikalnya tapi itu bukan masalah utama kerana saya sendiri pernah menjaga kakak yang berstatus OKU.


"Apa yang penting adalah dia jodoh yang saya anggap aturan dari Allah dan menerima dengan sepenuh hati malah paling penting kesemua anak saya yang berusia 13, 9 dan kembar berusia tujuh tahun sangat senang dengannya," katanya yang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku igt ada kisah istikharah semua seblom nikah,ropenye xpikir pnjang dh teros terima.
Duda anak 4 lak tu.
Moga bahagia la dik yer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 03:45 PM | Show all posts
Dia yang enggan menghampakan permintaan rakan terbabit terus datang berseorangan dan tidak menyangka detik itu menemukannya dengan wanita yang sudi menjaga empat cahaya matanya hasil dari perkahwinan terdahulu.


Untung abang ni, pergi mengaji, jumpa bibik jaga anak. OKU pun OKU lah, yang penting dapat bibik free.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:14 PM | Show all posts
ok la ni... win - win...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli tgk rambut lelaki panjang mengurai tak reti ikat
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:27 PM | Show all posts
"Langsung tidak menjangka, jejaka yang dijemput untuk membaca al-Quran untuk hari ketiga tahlil arwah ibu, rupanya pemilik tulang rusuk buat Zauyah Deraman, 37, dari Kampung Ana, di sini."


ngek betul. apa pulak lelaki tu jadi tulang rusuk si perempuan ni. kan vice versa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 04:32 PM | Show all posts
semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt bibik free..umah semua dh adoooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang

Cuci kaki je..
Jangan lupa baca quran.juga nanti Tau...
Bertadarus bulan remdan.nnt
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nk puji2 sbb susah nk jumpa kt malaysia lelaki malaysia sanggup kawen wanita oku sekali bila baca kenal pun tak lama.
Dah tu duda anak 4 plak ermmm agak2 laa nk suh dia ngasuh anak2 ko.
Org tu pergerakkan pun terbatas.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 17-3-2023 03:39 PM
Aku igt ada kisah istikharah semua seblom nikah,ropenye xpikir pnjang dh teros terima.
Duda anak 4 l ...

Kan risau gak tuh,
Dahla tak kenal langsung
Ingatkan bujang sama bujang sekali ahh duda anak 4 plak.
Org tu selama 37 tahun di jaga mak dia tup2 mak dia tkde dia plak kena jaga anak2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Okaylah tu, jodoh yang win-win. Dia dapat 5 orang peneman, suaminya dapat pengasuh anak2. Lagipun, budak2 tu dah besar, dah tak perlu tukar lampin, basuh berak ataupun suapkan makan. So, kau beli beras, rumah aku. Okaylah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-3-2023 06:40 PM
Kan risau gak tuh,
Dahla tak kenal langsung
Ingatkan bujang sama bujang sekali ahh duda anak 4 pla ...

Hidup terumbang ambing pas mak dia meninggal katanyehhhh..
Ntahla chuolss..
Asal belaki.
Nk berteman
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie: "Langsung tidak menjangka, jej ...


Just nk nasihat sis...rumah jgn tukar nama ke laki lak, kekal nama u. Kang tak pasal2 laki meninggal, kena keluar dek nak difaraidkan. Terjadi kat kawan mak sis, kawin laki duda, meninggal, kena halau dek anak-anak tiri sbb diorg nk jual rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-3-2023 06:35 PM
Baru nk puji2 sbb susah nk jumpa kt malaysia lelaki malaysia sanggup kawen wanita oku sekali bila ba ...

laki ni duda anak 4..semua anak dh besar..tak yah nk ngasuh lg..silap2 anak2 duda ni yg jadi pengasuh mak baru...

duda ni dah ada anak..tak yah pikiaq nak anak lg dah..DOSA free jer dpt bersangka buruk kt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:09 PM | Show all posts
dalam hati, nak bersangka buruk.
dalam otak, sudah jodoh.

semoga bahagia dunia & akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
senang jer kita ni tempah neraka...
OKU kawen manusia sempurna ramai jer BURUK SANGKA memcm andaian..

oku kawen sama single BURUK SANGKA esok lusa..2/3/4/5 tahun BEWARE kot2 kena tinggal

oku kawen duda/janda pun BURUK SANGKA memcm..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 17-3-2023 07:08 PM
Hidup terumbang ambing pas mak dia meninggal katanyehhhh..
Ntahla chuolss..
Asal belaki.

Takpelaa semoga suami ikhlas la menerima dia
Maklumlah tak kenal lama
Risau je jd mcm kes jahidah bagai tu
Jangan amik kesempatan atas kesempitan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 17-3-2023 08:04 PM
laki ni duda anak 4..semua anak dh besar..tak yah nk ngasuh lg..silap2 anak2 duda ni yg jadi penga ...

Ayat duda tu gak sebut pasal perempuan tu sudi menjaga anak2 dia drpd perkahwinan terdahulu.

Bila sebut gitu mmg la org pikir dia mencari pengasuh sedangkan perempuan tu yg perlukan org lain utk menjaga dia.

Iols pun ada adik oku yg bergerak guna kerusi roda. masih bujang juga tp dia hidup berdikari dan anak yatim piatu gak.
Sungguh laa kalau benar ada lelaki yg ikhlas nak kawen ngn perempuan oku dah lama adik iols tu kawen.
kalau dia kawen mmg dia perlukan org yg leh menjaga dia bkn dia kena jaga org lain.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ras adiba aman2 aja oku itu bukan penghalang utk terus hidup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.129678 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list