CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 19

Vanidah Imran sentuh janggut Faizal Hussein guna kaki, ramai jijik tengok drama Melayu

[Copy link]
Post time 10-3-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode


Tular dalam media sosial babak panas antara dua pelakon disegani, Vanidah Imran dan Faizal Hussein dalam naskhah Bidaah.

Dalam babak tersebut, Vanidah sebagai Ummi Rabiatul yang berbaring di atas katil dilihat menyentuh janggut ketua ajaran sesat, Walid (Faizal) menggunakan kakinya.

Video babak tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan jijik dengan adegan tersebut yang ditayangkan dalam bulan Ramadan.

“Semakin berani drama Melayu sekarang. Meremang tengok. Hilang rasa malu, tak takut dosa. Tolonglah buat cerita yang mendidik jiwa menjadikan masyarakat berakhlak mulia. Banyak isu masyarakat yang boleh diketengahkan selain babak begini,” komen netizen.

  


Ada juga netizen yang mula mempersoalkan karya Erma Fatima yang dikatakan sering menyelitkan unsur lucah dan watak penunggang agama dalam kebanyakan drama terbitannya.

“Erma Fatima ni asyik buat cerita tentang penunggang agama. Apa motif dia sebenarnya? Apa masalah dia sebenarnya? Nak gambarkan Islam ni teruk ke? Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan,” komen seorang lagi netizen.

Selain babak panas di atas katil, satu lagi babak panas turut menjadi bualan ramai iaitu babak Fazlina Ahmad Daud minum air basuhan kaki Faizal Hussein.

Drama Bidaah mula ditayangkan dalam platform penstriman Viu Malaysia pada 6 Mac lalu dan diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi Rumah Karya Citra milik Erma Fatima.

  


Drama berkenaan berkisarkan kehidupan pengamal ajaran sesat yang telah tersebar di sebuah perkampungan. Ajaran sesat yang dibawa Walid yang dengan beraninya mengaku bahawa dirinya merupakan jelmaan Iman Mahdi kepada para pengikutnya.

Selain Vanidah dan Faizal, drama yang bersiaran menerusi platform penstriman Viu tersebut urut dibintangi oleh Fattah Amin, Riena Diana, Fatiya Latiff, Fazlina Ahmad Daud dan Marissa Yasmin.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bro fetish kaki?

Janggut tu kan dah nmpk mcm span keluli cuci periuk. Takleh cari janggut yg nmpk lagi real kah?

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 04:29 PM | Show all posts
mmg asal bulan ramadan kene drama gini ke? erma fatima never ending fetish pastu semua pelakon2 senior mmg nak sgt ke up nama sampai naskah mcm ni pun layan? rosham nor.. vanida.. faizal.. kemon la... RAMADANNNNNNNN wei!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ramadan tiba..ramadan tiba..ramadan tiba…meh nyanyi reramai meh.. hmmm tayang bulan lain selain ramadan xleh ke? tak sesuai la..x kisah la fetish janggut ke apa2 je la..tapi hormati la bulan ramadan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak expect apa dengan Erma.. ahaha.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je puji FH aritu
Kecewa tgk
Sejak bila pelakon
Kena buat babak soft porn
Untuk jd pelakon handalan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 05:21 PM | Show all posts
Cite ape ni wehhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
EF punya fantasi kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuailah dgn pelakon2 nya pun suam2 kuku,
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tgk cite nih tp aku ada nampak org ss bbrp gambar scene ni
Dasat gak muka si ieteri, orni angat
Aku rasa selama ni ramai gak penah terpikir dan cuba membayangkan agaknya cemana ye lebai2 ni bila bersama binik memasing yg sentiasa berkelubung pakai mini telekung

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa 2002, lupa tajuk tapi kisah askar jepun nk rogol Ummi Yeida. Askar tu lak Jep AliSetan tu. Mcmana meols igt? Masa tu pegi Perlis, kedai mkn tubada skrin besar. Mmg tak berfaedah la EF ni. Ke mmg EF ni mcm birah2 di alam fantasi dan realiti?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 06:39 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 10-3-2025 10:41 AM

Yg pasti aman2 saja la acik Erma xkena apa2 tindakan...yg kena kutuk pelakon2...for the sake of professionalism as actor/actress...terus taubat si Zul nak berlakon bwh acik Erma....xpasal2 shoot scene terlampau smpai masuk court kena byr denda lg huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak gini katanya tak streotype..kalo watak lain dia rejek
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 10-3-2025 06:04 PM
Masa 2002, lupa tajuk tapi kisah askar jepun nk rogol Ummi Yeida. Askar tu lak Jep AliSetan tu. Mcma ...

Embun kan?
Izi Yahya pelakon tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
i mmg x berminat tgk citer EF… jln citer, itu itu itu lah juga..penunggang agama + soft porn..pdhal dlm 1000 ustaz, yg menunggang tu dlm 1-2 orang je pun sebenarnya..tapi EF punya  citer, mcm semua ustaz takleh pakai..yg pelakon2 kengkonon A-lister hadap nak berlakon citer camni, perasan mcm skrip citer ni another level gamaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondok Abuya n bidaah tu cite yg same ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-3-2025 04:24 PM
Bro fetish kaki?

Janggut tu kan dah nmpk mcm span keluli cuci periuk. Takleh cari janggut yg nmpk l ...

hahaa.. span cuci periuk
kaler sama
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
damnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek erma n soft porn berpisah tiada kohkohkoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.086698 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list