View: 1669|Reply: 7
|
PU Riz puji Neelofa pandai masak, Mama Tini hebat dan bijaksana
[Copy link]
|
|
PU Riz meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua seperti Datin Noor Kartini yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dan menantu.
Bagai dijamu di hotel lima bintang, Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, mengakui cukup bertuah apabila sering menerima juadah enak hasil air tangan mentuanya itu.
“Hari-hari dia akan hantar makanan ke rumah. Semua sedap-sedap, tak boleh tahan.
“Tengok sahaja atas meja, seolah-olah macam dekat kedai makan lima bintang!
“Siapa tak percaya boleh rasa karipap yang Mama Tini buat,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.
Suami kepada usahawan selebriti Neelofa itu turut meluahkan rasa bahagia kerana dikurniakan isteri dan ibu mentua yang sama-sama handal memasak.
“Saya dikelilingi isteri yang pandai masak, apatah lagi ibunya yang hebat lagi bijaksana,” ujarnya.
Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ye la..alhamdulillah..sakit2 rajin mertua masak hantar kat anak menantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooiii boleh tak diam sat? Letih la acikpor camni...dia nak jugak perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya dikelilingi isteri yang pandai masak, apatah lagi ibunya yang hebat lagi bijaksana,” ujarnya.“
Mcm x sesuai guna perkataan “dikelilingi” - mcm ada byk isteri pulak
Patut guna didampingi ke, |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan ko tak buat content menunggang |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun 2 tahun lelaki, request baby girl please |
|
|
|
|
|
|
|
Mari puji memuji kepada tuuuhan..titis kasihnya melimpah seluruh 'alam |
|
|
|
|
|
|
| |
|