|
Tindakan usahawan sensasi Liana Rosli membeli sebuah rumah untuk setiap anak-anaknya mendapat perhatian ramai.
Netizen menganggap anak-anak Liana atau mesra disapa Kak KM insan bertuah kerana wanita itu bukan sahaja pemurah tetapi bijak merancang masa depan mereka.
Liana memberitahu sudah lama menyimpan hasrat membeli rumah buat empat orang anaknya kerana bimbang dengan masa depan mereka.
Kata Liana sebagai ibu dia ada perasaan bimbang dengan kehidupan mereka sekiranya suatu hari nanti dia ditakdirkan pergi dahulu.
“Saya tidak tahu masa depan macam mana, umur panjang atau tidak. Alhamdulillah Allah beri rezeki lebih dan memang saya akan utamakan kebajikan anak-anak.
“Saya kena bersedia, kalau jadi apa-apa pada saya, sekurang-kurangnya mereka tidak terbiar,” katanya kepada mStar.
Tidak bersikap memilih kasih, Liana memberitahu kediaman yang dibelikan untuk anak-anaknya bernilai RM1 juta setiap orang.
“Saya anggarkan setiap rumah untuk seorang anak bernilai RM1 juta. Biasalah harga di bandar memang begitu. Rumah ada tiga bilik tidur dan dua bilik air.
“Kalau nak dapat rumah lebih besar dengan harga itu memang kena duduk kawasan luar bandar tapi saya tidak mahu sebab tidak pandai bawa diri di kampung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Liana memberitahu selain rumah dia juga sudah menyediakan simpanan dan kereta buat kesemua anak-anaknya.
Kata Liana, dia berharap sekiranya dia pergi terlebih dahulu tidak meninggalkan sebarang beban kepada keluarganya dan telah menyediakan keperluan untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Insya-Allah kalau saya mati, tidaklah tinggalkan beban pada mereka. Saya pun tak mahu mereka terkapai-kapai tidak tahu hendak tinggal dengan siapa,” katanya.
Sementara itu, Liana tidak mengizinkan anak-anaknya tinggal berasingan selagi mereka belum berumah tangga.
“Buat masa ini mereka masih tidak duduk di situ lagi, saya letak syarat untuk mereka khawin dulu baru boleh tinggal di rumah mereka.
“Mereka tidak akan boleh tidur luar, kalau pukul 11 tak balik rumah memang saya akan hubungi mereka," kongsinya.
Sebelum ini, Kak KM berkongsi dia bersama keluarganya memasuki sebuah rumah yang sudah lengkap dengan perabot dan sedia untuk dihuni.
Katanya, kediaman berkenaan milik anak ketiganya iaitu Rania selepas membelikan rumah buat anak pertama dan kedua.
Untuk rekod, Liana dan suaminya Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|